Indahnya hidup apabila semua umat mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya

Tuesday, June 28, 2011

Internship and EPEMSB; How it change my life :-)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt, 


Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa'kan buat Rabbul Izzati atas sedikit nikmat kesempatan waktu untuk ana mengemaskini blog ini. Tersenyum rasanya melihat tarikh terakhir blog ini di’update’, rupanya dah menjangkau 3 bulan. Hehe... .
Insya-Allah, pada kali ini sukalah ana untuk menulis sesuatu berkenaan internship yang bakal ditamatkan dalam beberapa minggu sahaja lagi. Terlalu banyak kenangan suka dan duka ketika berpraktikal yang pastinya mematangkan diri ini dan boleh dikongsikan bersama sahabat2.
Mungkin posting pada kali ini bakal ‘mengejutkan’ ramai sahabat2 yang mengenali ana dengan rapat. Tetapi, pada kali ini ana tidak berhajat untuk berselindung dan lebih berhajat untuk berkongsi bersama sahabat2 sekalian dengan seikhlasnya. Insya-Allah.

Maturity obtained;  

“You are one example of best gold student. For me, you are the best example of all, i did impress by your presentation and what you gain during your internship. Your presentation is just clear, i dont think i have any question for your performance”
Itu adalah kata2 drpd Lecturer UTP ketika final presentaton internship ana pada 20 Jun yang lalu. ~ sekadar perkongsian
Sejujurnya, i dont think i deserve that. Actually it just the matter of presentation skills that you have. However, it is one of the best memory that i have in EPEMSB.
Di EPEMSB, banyak opportunities yang ana dapat. Antaranya seperti bekerja di waktu malam, bergaul bersama pak cik2 operator dan panel, memanjat 9 tingkat furnace as for weekly sampling, PITSTOP, planning task dll yang rasanya terlalu banyak untuk ditulis.
Suatu kesimpulan yang ana boleh buat, suasana bekerja di EPEMSB terlalu manis dan terlalu banyak. Nothing in the world had prepare me with this much expectation from EPEMSB :-)
"Actually Sir, i do have one request. Can we take a picture, so we will not miss you later"  -Picture taken with CEO during the meeting that i organize as head of trainees.
Honestly, i dont think any other OPU give the same chance to trainee as how EPEMSB gave us :-)

Di sini ana banyak bergaul dengan management. Kadang2 terfikir juga  bagaimana CEO, GM, Head Tech boleh kenal ana. Siap CEO boleh tegur lagi. Rasa macam betul2 dihargai apabila kita disapa golongan yang besar2 ni.. 
Realiti 7 bulan di medan pekerjaan adalah suatu pengalaman yang sangat menarik. Kadang kala kita berada di hotel 4-5 bintang untuk training, dan kadang2 di tengah2 panas terik matahari dengan coverall, separator dll. Memang merupakan suatu pengalaman yang sangat2 bermakna dan manis jika dilihat drpd prospek bidang pekerjaan yang bakal kita tempuh... .

Alhamdulillah, ana juga banyak berjalan2 ke serata Malaysia untuk sertai program2 tarbiyah dan ikatan hati bersama sahabat2. Suasana praktikal tanpa bebanan assignment, test dll banyak membantu untuk ana dan sahabat2 mencari masa bagi mendalami ilmu dan memperteguh kefahaman terhadap jemaah di medan praktikaliti dakwah yang sebenar.
"Ketika internship juga, kami mempunyai kesempatan berjumpa dengan ramai ulama'2 terkenal dunia Islam dan juga dalam negara. Merasai tarbiyah secara langsung di medan sebenar perjuangan dan paling penting internship mengajar ana memahami makna sebuah perjuangan dan memimpin sebuah kesedaran terhadap pengorbanan dakwah..."

Weight Lost
Ramai sahabat2 yang menegur ana dengan penyusutan berat yang dikatakan drastik. Sejujurnya bagi empunya diri, ana tidak merasakan berat ana menyusut mendadak. Cuma ketika ana melawat UTP pada April yang lalu, apabila sahabat2 dan adik2 di UTP terkejut, barulah ana perasan rupanya berat ana turun mendadak.
Honestly, I lost 13kg during internship period so far with current weight of 60kg. And I still aims for another 2kg loss :-) 
Saiz seluar sebelum ni 34 dah jadi 29 sekarang (And honestly it still loose, huhu). My shirt size currently is M instead of XL before.  And being honest, i just take 20 days to loss 10kg... 
Many ask me; “It’s diet?” “Is’t joging?” “Is’t Futsal?”
Tapi, malangnya tidak pernah sekali pun ana jawab melainkan senyuman sahaja. Sebenarnya tentu sekali ana ada sebab untuk tidak menjawab sebelum ini. Tetapi memandangkan sekarang ana telah 'selamat' dan merasakan tiada apa lagi perlu dirahsiakan, jd insya-Allah, ana akan berkongsi kepada semua on how i manage to lose that much in real short time. Sekadar meraikan sahabat2 yang betul2 ingin tahu dan terus menerus bertanya... .

My answer; 've healthy life style
Sebenarnya pada bulan pertama di internship lagi, ana dah main rugbi bersama staff2 di EPEMSB. Haha. Walaupun sejujurnya masa tu hanyalah disebabkan nak dapat project Dimeneralized Water from KIPC which cost millions. Kemudian, disusuli dengan main Futsal bersama Technical Department di Masterscaff Paka. Main Ping Pong, Badminton, Bowling dll. Sebenarnya majoriti ana lakukan perkara ni awalnya hanyalah kerana terpaksa, but i did enjoy it later. 
And my advice to those who dont like sport before; Sport is awesome! To start is hard, but to stop it is super difficult. Bila kita keluar peluh ni, memang best (",)
Tp disebabkan berat yang turun mendadak dan kes seorang trainee yang dapat cuti 6 minggu free sebab patah tulang rusuk ketika main rugbi, jd ana stop gitu jelah untuk rugbi. But, i did enjoy another game; Futsal and fitness gym. 
And all with my EPEMSB friends, not with other housemate. Surely i 've reason for that :-)
The place that i will remember and miss so much once i left EPEMSB. Hampir setiap hari ana akan ke bilik ini untuk joging @ tidur. Haha. Really memorable room :-)
“These both fitness machines which i love most. My record in this both track is >1 hour of non-stop running (seriously running and not just jogging) with average speed 13.5 and reaching 15km. Honestly, no one in Ethylene can beat me in this machine so far, and I’m quite sure no one able to beat me until next year as I keep improving the record. Unless the real ‘fit’ athlete suddenly appear in EPEMSB. Hehe
My daily track for jogging when i not go to EPEMSB gym. Honestly, i prefer to jog at this beach more since it is very beautiful, the wind so 'gentle'. Everything just seems perfect instead of air-cond in gym :-)
Bermula pertengahan Februari, ana mula bersenam di gym dan playing sport. And for me, it really fun and i just continue without stop, never miss even a single day. And by the end of February, i lost 10kg already... 
Mungkin ana ada sedikit kelebihan stamina dan metabolisme yang tinggi disebabkan faktor sejarah zaman kanak2 yang hyper-active, tp bukan mustahil sahabat2 lain pun boleh buat juga sebab majoriti yg ana lihat staff2 yg suka pergi gym semua dah slim2 sekarang :-)
Seriously i wish to mention all the game and wish to show u all. Tp, disebabkan ada sedikit perbatasan tsiqoh yang perlu dijaga, jadi biarlah Fairul, Zaem and the Technical EMSB Staff shj yang tahu. Hehe
"Din Segamat, kalulah ana betul2 tuntut janji  enta masa kat UTP dulu, memang dah terpotong dah la satu benda sekarang. Haha"
Kepada sahabat2 yang nak kurus, just feel free to contact me k. I dont think i will share everything in this blog. Not really necessary...

Turun bersama masyarakat;
Internship juga mengajar ana untuk turun bersama masyarakat. Di sini, selalu juga ana dipanggil untuk memberikan ceramah/forum di sekolah2 menengah dan rendah, sekolah berasrama penuh, SMKA, pondok2 agama, masjid2 dan surau. Program2 yang bersifat tamrin  (kem bina diri muslim) sekolah2 pondok pun pernah ana berikan pengisian ceramah atas jemputan ustaz2 pondok dan guru2 sekolah.
Pernah beberapa kali ana ke masjid2 dan surau2 yang tidak pernah ana pergi sebelum ini, tetapi bila je ana masuk tiba2 disapa masyarakat sekitar dan meminta untuk mengimami solat fardhu. Bahkan solat jumaat sekalipun tiba2 disapa “ Ustaz, tolong imami solat”. Memanglah mulanya gementar dan terkejut, tetapi kita mesti faham bahawa ini  adalah fenomena biasa apabila kita turun bersama masyarakat.
Kita memang akan mempersoalkan, bagaimana kita ini dilantik sebagai imam sedangkan ramai lagi ustaz2 dan veteran2 lain yang nampak lebih berilmu. Apatah lagi solat sebesar solat jumaat minta kita imami, memang suatu yang kita jarang2 bersedia. 

Tp, sahabat2 ini adalah aturan Allah. Tsiqoh dll bukan hak kita. Nak binanya memang sukar, tetapi apabila ia telah terbina, ia akan datang bersama ‘sebuah tanggungjawab’.
Herm, selain itu, boleh dikatakan hampir setiap malam ana dan sahabat2 RM di Timur akan mengadakan kelas tuisyen untuk adik2 form 3, 4 and 5. Setiap bulan pula akan ada aktiviti kemasyarakatan untuk golongan dewasa dan anak2 muda seperti memancing, Xplore race, futsal dll. Sungguh melayani kerenah adik2 tuisyen dan anak2 muda ni memang sgt2 mencabar. And you only have this experience outside the campus :-)
Selain itu, setiap minggu kami juga turun ke sekolah2 sekitar Daerah Kemaman dan Dungun untuk menjalankan Usrah Smart Group atas kapasiti BAKIP PETRONAS dll medium yang disediakan. Selain usrah praktikal, usrah alumni Rakan Masjid dll yang disediakan turut membantu menguatkan kami semua. Sungguh seronok bila berada dlm suasana tarbiyah di sini.
Bersama sebahagian kecil dr 50 adik2 tuisyen
Ketika menghadiri kenduri2 arwah, kenduri2 kesyukuran pula sentiasa kena bersedia. Kebiasaannya tiba2 orang kampung akan minta baca tahlil, solat hajat dan doa. 

"Ini realitinya di dunia luar, duhai sahabat2 sekalian. Ini cara dakwah kita kepada masyarakat kampung. Kita kena arif dengan ilmu2 ini"

Buat sahabt2 di kampus ;

Nasihat ana;
"Ketika di kampus jangan sesekali merasakan cukup dengan ilmu dakwah dan teori jemaah shj"

Antum tidak akan diraikan di luar kampus jika hanya mengharapkan ilmu jemaah sahaja. Jika mahu berjaya antum mesti mempersiapkan diri dengan ilmu bermasyarakat; Tahlil, doa selamat, zikir solat, ilmu taranum, ilmu feqah yang mana merupakan bidang2 yang diraikan masyarakat mesti kita kuasai sebelum terjun ke medan dakwah.

Bukan sahaja ilmu2 seperti sebab2 berjemaah, ciri2 jemaah yang sebenarnya berat dan tidak begitu diraikan masyarakat kampung dan golongan veteran. Maka mungkin sahaja dakwah kita akan gagal jika kita gagal memahami kehendak rakyat dan bersedia dengannya.

"Di mana sahaja kita pergi dan berjalan, pastikan bakti kita disumbangkan kepada Islam. Jika kita di kampung, pasti ilmu kita cukup untuk menghadapi masyarakat kampung. Jika kita dicampakkan ke lembah teknokrat, pastikan kita arif bagaimanakah caranya berhadapan dengan golongan profesional"

"Dakwah itu luas dan menuntut segenap pengorbanan. Ianya bukan untuk kita lihat dari bidang sempit di ruang2 teori semata2, tetapi praktikaliti itulah yang lebih utama"
Betapa ramai antara kita yang mempunyai ilmu teori, tetapi gagal menyampaikan dakwah kepada masyarakat luar? Jawapannya mudah, kerana kita tidak pernah turun ke medan praktikaliti. 
Teori dan praktikal adalah dua entiti yang sangat berbeza. Dan internship adalah medan latihan terbaik yang akan menjadi indikator awal tarbiyah kita.  
Adakah tarbiyah kita mampu menampakkan hasil atau tarbiyah kita sekadar rektorik kosong yang hanya sekadar bermain sekitar teori dan suasana kampus yang kecil dan mudah sahaja?

Sahabat2 sekalian,
Akhir Kalam, Internship is such a great place for us to learn and to understand ourself. It give us chance to know ourself well and provide enough time for us to change. It also provide us with experiences that we never get it in university life...  And only exist once you are into internship life.
And for EPEMSB, it just happen that i love you so much. I wish that we will unite again next time.
Hope to enjoy remaining 2 weeks :-) 
Amin

""Jika kita mahukan sesuatu, nescaya kita akan usaha sehabis baik untuk mendapatkannya. Tetapi jika kita tidak berkehendak, soronglah bantal ketika mengantuk sekalipun, akan kita campakkan ke tepi.... "
~ You, yourself; determine your path... .
  
"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu