Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt,
“Perjuangan Ini Tidaklah Mudah;
Penuh Dengan Noda dan Ranjau Dunia;
Bersatulah Kita di Jalan Allah;
Demi Menegakkan Islam Tercinta”
“Bersatulah Kita di Jalan Allah;
Berjihadlah Kita di Medan Allah;
Demi Membina Biah Solehah;
Bersama Perjuangan Rakan Masjid Tercinta”
Alhamdulillah, pada kali ini dapat sekali lagi ana meneruskan cebisan coretan untuk dimuatkan dalam blog ini. Pada ketika tulisan ini ditulis, ana sedang sayu mendengar lagu RMUTP dan antara bait2 yang sentiasa menyentuh hati ana dalam lagu ini adalah bait2 di atas...
Teringat ana apabila pertama kali lagu ini diperdengarkan kepada pimpinan Rakan Masjid UTP; Abg Hakim (Presiden RMUTP 2008/2009), Faidhah Hassan (Bendahari RMUTP 2008/2009) dll menangis sebak. Pada masa itu tiada lagi perasaan malu dan segan silu kerana lagu ini memang betul2 menyentuh hati dari sudut yang paling dalam. Sahabat ana, Aizudin Paiman (S/U1 RMUTP 2009/2010) bahkan ana sendiri memang tidak dapat menafikan bahawa sesungguhnya kami menangis sebak apabila lagu ini mula2 diperdengarkan.
“Yang pasti mereka yang memahami perjuangan RMUTP pasti akan tersentuh dan mengalirkan air mata mendengar lagu ini. Lagu ini bukanlah bercorak semangat tetapi menuntun sentuhan tarbiyah dan keikhlasan dalam perjuangan RMUTP. Subhanallah”
“Nasihat ana; Hayatilah makna lagu ini dan istiqomahlah dengan liriknya yang amat terkesan ini, insya-ALLAH sebuah kemanisan dalam berjemaah dan makna kemurnian sebuah gerakan dakwah dapat diserap melalui sentuhan lembut lagu ini”
PENGALAMAN DAKWAH BERSAMA RAKAN MASJID
Insya-Allah pada kali ini ana akan meneruskan corak penulisan yang ringan untuk lebih mudah difahami oleh sahabat2. Sukacita untuk ana kongsikan beberapa pengalaman dakwah yang menyentuh hati ana ketika bersama perjuangan Rakan Masjid. Dan pengalaman2 inilah yang mengukuhkan dan menguatkan hati ana bersama perjuangan ini.
“Sahabat2 dan adik2 sentiasa bertanya kepada ana persoalan berkaitan istiqomah dlm RMUTP, dan insya-ALLAH semoga posting santai pada kali ini akan berjaya memberi sedikit suntikan semangat dan kefahaman buat semua melalui perkongsian pengalaman manis dan ranjau dugaan sepanjang ana menyusuri dakwah bersama RMUTP yang tercinta”
PERJUANGAN INI TIDAK MUDAH; DUGAAN DAN CABARAN ITU PERKARA YANG PASTI DALAM GERAKAN DAKWAH KERANA IANYA ADALAH BUKTI SEBUAH PERJUANGAN. INGATLAH BAHAWA DUGAAN INILAH YANG AKAN MENJADI SAKSI DI NERACA ALLAH KELAK.
Ketika Konsert Hedonisme di UTP; Pendirian RMUTP.
Ana menjadi Presiden pertama yang pergi ke konsert yang bercorak alternatif yang sebelum ini kami lantang membangkang dan menafikan keperluan konsert2 hedonisme diadakan. Rakan Masjid dengan kepimpinan yang lebih terbuka mula mengadakan meeting bersama HICOM Talent Search (Music Persuit), Euphonious, Konsert ConvoFair, NGC dll semenjak tahun lepas. Setelah penantian yang berterusan, akhirnya kami melihat kejayaan kesefahaman antara MT RMUTP dan HICOM NGC untuk mengubah pembawaan Green Concert.
Antara persetujuan yg paling sukar dilaksanakan adalah supaya peserta persembahan wanita memakai tudung dan di sinilah menuntut kepada kesungguhan dalam sebuah usaha dakwah bg ana dan shbt2.
HICOM NGC 2010 berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan semua persetujuan yang dicapai. Sehingga ke saat akhirnya mereka berusaha namun gagal memujuk peserta wanita untuk memakai tudung... . Akhirnya, ana dan dua orang shbt ana; Asyrizulfitri July ‘06 (Mat Yie) dan Idzham Selamat Jan ‘05 mengambil inisiatif untuk berjumpa sendiri dengan peserta yang bakal membuat persembahan sebagai langkah terakhir sebelum persembahan dijalankan... .
Ketika berjumpa dengan peserta yang akan membuat persembahan, menggunakan pendekatan yg berhikmah, kami menghampiri mereka dan memahamkan mereka keperluan memakai tudung. Alhamdulillah, beliau diberikan kefahaman dengan penerangan dr kami dan seperti bersetuju memakai tudung. Subhanallah, betapa gembiranya pada ketika itu apabila sentuhan tarbiyah yg kami cuba lemparkan diterima dgn mudah.. .
Namun....., Tiba2 dtg seorang pelajar Muslim International yang menghalang kami daripada memberikan tudung kepada beliau. Sedikit pertikaian kecil berlaku antara kedua2 pihak.
“Ketika Allah telah membuka hati seorang mad’u untuk menjalankan suruhannya, tiba2 hadir pula dugaan yang menghalang pelaksanaan arahannya. Dan ianya merupakan penentangan terbuka dr seorang Muslim sendiri yang begitu lantang membangkang”
Seusai segalanya, masa tu ana ingat ana sendiri menitiskan air mata, ana nampak mata sahabat ana sendiri bekaca...
Shbt2 sekalian, ana menangis tidak sekali2 kerana sedih dan kecewa tetapi terbayangkan bagaimanakah perjuangan Rasulullah SAW dahulu. Apabila diri sendiri merasai penentangan dalam dakwah secara terangan dr seorang Muslim dengan ayat2 makian dan hinaan... . Apakah yang ditanggung oleh Rasulullah dan para sahabat mampu ditanggung oleh kita semua walau sekelumit cuma... .
Sedangkan memahamkan seorang Muslim shj sudah mengalami tekanan dan cabaran seperti ini. Apatah lagi para sahabat dan dai’e terdahulu yang menempuh lautan, ombak badai semata2 menyebarkan risalah Allah di seluruh pelosok dunia sehingga kita merasainya pada hari ini... Betapa kerdilnya diriku.... . Maka siapakah kita untuk merungut dengan dugaan yang terlalu kecil ini?
“Sungguh dakwah ini tidak mudah. Ianya penuh dgn liku dan ranjau perjuangan yang memerlukan jiwa2 yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah Taala. Walau sudah terbentang kemenangan di hadapan kita, mungkin shj kemenangan itu ditarik di saat kita sudah bergembira untuk menggapainya. Andai kita sudah berjaya merangkulnya, mungkin shj kemenangan itu merupakan suatu bentuk ujian yang hanya menjauhkan kita dr Allah Taala.
“Segalanya berada dlm perancangan Allah Taala dan siapalah kita untuk membanggakan diri apatah lagi mengasingkan diri dr medan perjuangan ini”
Tetapi ingatlah; Pertolongan Allah itu dekat, ianya pasti akan dtg sekiranya kita ikhlas... .
“Hafizi, can u help me to find al-Ma’tsurat?”;
Mesej itu ana terima dari seorang sahabat perempuan yang menjadi HICOM program2 hedonisme. Sahabat ana ini biasanya memakai skirt pendek, baju pendek dan ketat2 ke kelas, tetapi mula terbuka kepada dakwah RMUTP melalui kefahaman meeting MT RMUTP – HICOM Hedo.
Pernah dahulu sahabat ana ini ditegur oleh seseorang dan terus dia melenting marah kepada semua, tetapi Allah telah membuka hatinya untuk menghantar mesej seperti di atas kepada ana menyebabkan ana amat2 terharu.
RMUTP sentiasa dikritik oleh orang awam yang menyatakan RMUTP hanya mengadakah kerja sia2 dengan mengadakah meeting bersama HICOM Program hedonisme tetapi akhirnya semuanya persetujuan terkubur layu. Shbt2 sekalian, RMUTP memang SEDIA MENGETAHUI sekiranya dengan hanya meeting, kita tidak mampu mengubah apa2 tetapi meeting diadakan untuk MEMBERIKAN KEFAHAMAN.
Kita tidak boleh selamanya menjadi ‘pengkritik’ setia tetapi mesti berubah menjadi ‘pekerja’ mulia yang meleburkan diri bersama dakwah. Dan RMUTP bukan jemaah pengkritik, tp kami jemaah yang membuat kerja dan mencari segala ruang yg ada untuk memahamkan mad’u kami... . Kami tidak memilih untuk duduk di masjid2, di surau2 dan bergaul sesama kami semata2 tetapi kami memilih untuk lebur bersama dakwah dan bekerja kerana Islam. Kami tidak memilih untuk mengkritik manusia dan membaiki diri kami sahaja, tetapi kami memilih untuk mnyebarkan dakwah kepada semua demi memberikan kefahaman..... Kerana tanpa langkah pertama memupuk kefahaman, tiada mungkin langkah kedua, ketiga, dan seterusnya akan mampu digapai... .
“Mengalir air mata ana apabila ana menghulurkan al-Ma’tsurat tersebut kepada beliau...”
Satu dialog ana bersama seorang junior, “Abg Fizi, semalam ggrop batch kami jd fenomena giler. Rami kutuk RMUTP sebab halang konsert2 hedonisme. Tp, tiba2 ada seorg pelajar cina yg bagi komen; Malam ini RMUTP akan meeting dgn HICOM MP. Kita tunggu apa hasil perbincangan dan penjelasan dr RMUTP. Kita tengok apa kata Presiden RMUTP berkenaan event ini”...
Ya, inilah realitinya dakwah. Sentuhan hati mad’u itu bukan kerja kita. Tp, kerja Allah Taala. Siapa boleh jangka kini yang mempertahankan Islam dan memahami Islam kadang2 lebih ramai dr bukan kalangan Islam sendiri. Ini realitinya juga di medan perjuangan sebenar... .
Ana dapat melihat betapa hubungan RMUTP bersama bukan Islam yang menganjurkan event2 hedonisme semakin rapat. Mereka tidak lagi memepersoalkan pendekatan RMUTP bahkan sgt menghormati pendirian RMUTP dan kini memahami kenapa RMUTP tidak sependapat dengan mereka. Ana masih teringat kata2 salah seorang drpd bukan Islam ketika meeting, “Rakan Masjid please do your job to educate people about this with flyers, poster, talk at cafe2, at mosque, etc as they need to know this... and we ll try our best to control the event.. . We know and understand everything that you said and we did respect that, that just the matter of how we can implement that and make all of us happy... . ”
Ya, mereka kini memahami pendirian Islam. Dan mereka menghormati prinsip kita dan mereka mempertahankannya... . Inilah penangan dakwah shbt2ku sekalian... .
Usaha berterusan dan ikhlas pasti akan dibantu Allah Taala... Dan inilah bukti peri pentingnya; KEFAHAMAN! Apabila kefahaman disebarkan dan berjaya disampaikan maka pasti shj hati2 setiap jiwa akan tersentuh.
Perkampungan Kg Suwok Padi;
Telah menjadi aktiviti wajib bg kepimpinan RMUTP untuk masuk ke kampung orang2 asli dan kebiasaannya RMUTP akan mengadakan pogram dakwah berkala ke Kg Suwok Padi. Ketika kami sedang menyediakan juadah makanan, tiba2 datang seorang pak cik membawa seekor khinzir yang baru ditembak melintasi kami yg sedang menyediakan juadah makan. Haaa, memang terkejut!
“Ketika kami sedang menyediakan juadah istimewa, tiba2 aroma yang x pernah terbayang dek fikiran kami melintasi kami. Tersenyum dan tergamam sekejap ana... Khinzir segar yang darahnya masih melelehhh... J”
Ketika berbual bersama veteran di sana, Ustaz Muid; Beliau menyebut, “Kami nak ajak minum teh sahaja pun mengambil masa 10 tahun. Dulu, kami sebut pasal Islam shj dah dihalau. Jadi bersabarlah adik2 semua...”. Dialog diteruskan, “Pelajar2 Kristian di UTP setiap minggu masuk ke sini dan sebarkan dakyah mereka kepada penduduk2 org asli di sini, saya serahkan sepenuhnya Kampung Suwok Padi kepada RMUTP. Jalankanlah aktiviti di sini selalu”. Subhanallah, begitu tinggi kepercayaan yang diberikan kepada RMUTP.
Teringat ana kata2 Aizudin Paiman “Fizi, enta nampak x, pak cik kat sana tu yang ada tatu kat tangan dia... ? Dia baru sahaja memeluk Islam dengan usaha Mukmin (Mas’ul Lajnah Tarbiyah 2009/2010)”. Herm, terus merah mata ana...
Bersama Smart Group dan adik2 usrah;
“Abg nampak saya semalam kan dengan perempuan tu...? Perempuan tu dah ‘habis’ dah masa dia sosial dgn kawan dia dulu...”
Tu dialog ana dengan seorang junior ana yang dahulunya tegar couple. Malam2 ana terjumpa dia sedang bersama perempuan berdua-duaan.
Kemudian, ana ke bilik adik ni sendirian dan berborak2 dengan dia bercerita berkenaan isu2 semasa dan RMUTP dengan tujuan dakwah fardi yang selalu dijalankan RMUTP. Masih teringat dialog ana bersama beliau “Enta kenapa x nak masuk RMUTP?”. Dia jawab “Saya malu sgt dengan RMUTP. Diaorg nampak baik dan hebat sgt. Kalu saya jalan ngan kawan2 RM semua duk gelak je tengok saya yang lagho jalan2 ngan sek2 RM. Mcm mana sy nak berubah?”
Respond ana “Sheikh, lepas ini enta join usrah ana...”
Subhanallah, akhirnya adik ini berubah menjadi sgt hebat dengan istiqomah terhadap usrah. Tiba2 beliau datang interview RMUTP, datang qiamullail, dan begitu konsisten dgn usrah yang ana jalankan. Hebat peraturan Allah.
Dan kini beliau istiqomah! Bukan seorang, tp puluhan lagi anak2 usrah ana yg background seperti ini yang semuanya kini hebat bersama dakwah RMUTP... Ya, anak2 usrah yang ana cari sendiri di mana2 shj tanpa mengira background dan sikap.
Kerana bukan hak kita untuk mengadili manusia, tp kewajiban kita untuk menyampaikan tarbiyah itu kepada mereka. Dan hak mereka adalah menerima tarbiyah drpd kita... .
Percayalah kepada pertolongan Allah duhai shbt2ku; Jangan meneruskan agenda dakwah kepada org yang sudah baik2 shj @ mensasarkan mad’u yang telah bersama sesebuah jemaah untuk dirosakkan fikrah kerana dakwah yang sebenar adalah dakwah yg telus dan menyeluruh... . Dakwah yang tidak memilih dan dakwah yang bukan sekali-kali kerana mensasarkan kepada pertambahan jumlah jundi dlm sesebuah jemaah; Kesilapan yang mesti disedari hari ini.
Pertolongan akademik
Ana quote kan antara dialog2 ahli RMUTP yang pernah bercerita kepada ana... .
“Ana penat dan ana x sempat study.. Tetapi pada malamnya Allah anugerahkan ana bermimpi soalan exam yang keluar. Ana pelik sebab selepas mimpi ana terus2an ingat soalan tersebut. Ana pun buatlah soalan2 yang ana mimpi itu, dan subhanallah.. Keesokkan harinya soalan yang keluar sebijik, bahkan ana sendiri x buka kalkulator untuk menjawab soalan...”
“Ana x sempat pun hantar assignment, tp ana dapat full-mark”
“Ana x dapat jawab soalan exam. Habis exam ana terus menangis. Tp, ana dapat 14/15”
“Ana x dapat jawab soalan exam. Habis exam ana terus menangis. Tp, ana dapat 14/15”
“Ana langsung x study tp ana dapat hampir full mark untuk semua test...”
“Ana x prepare untuk presentation. Pada hari presentation semua komputer satu blok akademik x leh guna. Yang peliknya, lampu, aircond dll semua ok cuma komputer semua x dapat dibuka di blog akademik tu... .
Ingatlah; Pertolongan Allah itu ‘qorib’... .
SEDIKIT PERKONGSIAN BUAT AJK RMUTP 2010/2011
Realiti perjuangan di kampus dan medan sebenar adalah 2 entiti yang mempunyai banyak ruang perbezaan. Dari segi corak perjuangan dan pengorbanan mungkin berbeza, namun matlamatnya tetap sama. RMUTP adalah tempat yang terbaik untuk mendidik diri kita membina kekuatan dan seterusnya istiqomah setelah tamat belajar... .
Kepenatan dan kelesuan dlm perjuangan mungkin shj hadir kerana ini adalah asam garam dlm perjuangan.
Dalam fenomena gerakah dakwah yg tumbuh bak cendawan dek kerana kesilapan sendiri mahupun kerana kurangnya kefahaman terhadap makna sebuah gerakan Islam. Semua pihak mensasarkan membina jemaah dan group of kind-hearted people tanpa memahami sebab2 dan keperluan kewujudan jemaah yang ikhlas kerana Allah Taala semata2.
Untuk memahamkan semua shbt2 mengapa ana memilih RMUTP walaupun banyak kali dipelawa shbt2 dr jemaah yang lain sebelumnya, antum bolehlah rujuk posting pertama ana dalam blog ini. http://secebiscoretan.blogspot.com/2010/08/pendekatan-dakwah-dan-kepelbagaian.html Posting ini merupakan posting pertama dan terpanjang pernah ana buat.... Insya-Allah mampu menjelaskan segala bentuk kecelaruan kefahaman dan masalah pemikiran... Dan insya-ALLAH turut menjawab tajuk perkongsian pada hari ini :-)
Adik2 dan sahabat2 yang ana sayangi selamanya, ingatlah kepada kehidupan kita di akhirat kelak. Selamatkah kita di sana andai kita lesu dengan amalan2 tarbiyah dan lesu juga dlm dakwah kepada shbt2 kita? Lesunya kita di dunia dalam amal tarbawi dan pergantungan kepada Allah mungkin sahaja akan mengundang kelesuan dlm makna sebenar di akhirat kelak.
Paksalah diri kita untuk melakukan sesuatu yang kita tidak suka kerana ingatlah; Keikhlasan itu akan lahir dr sebuah keterpaksaan. Tanpa keterpaksaan, jangan bermimpi kita mampu menangkis rasa ego dan malas. Dan ingatlah, tanpa semua itu berjaya ditangkis, mustahil kita akan mencium haruman syurga nan indah.....
Diharapkan sedikit perkongsian di atas dapat memberikan sedikit semangat buat adik2 dan shbt2 yang kini berjuang bersama dalam suasana kampus. Juga diharapkan mampu menyedarkan diri ana sendiri dalam meniti ranjau perjuangan ini. Insya-ALLAH
Akhirul Kalam,
For Rakan Majid members, insya-Allah ana dan shbt2 di Kerteh akan ke UTP pada 1 April 2011. Insya-ALLAH kami akan mengisi slot Mi’raj dan menyelesaikan beberapa misi yang lain.
Insya-ALLAH, jika diizinkan Allah Taala, kita akan dipertemukan kembali dengan ikatan ukhwah fillah yang masih kuat dan tidak akan pernah luntur kerana pertautan hati antara kita adalah pertautan cinta kerana Allah.
Jika kita berukhwah, ukhwah kita kerana Allah. Jika kita berpisah, hanya kerana itulah aturan Allah yang al-Kholiq shj mengetahui hikmahnya.... Dan aku bersyukur kerana aku mengenalimu, mencintaimu dan merinduimu melalui wadah RMUTP yang disediakan-Nya.
Dan aku yakin bahawa inilah tempat yang sebenar2nya dan terbaik untukku mendekati Rabb dengan ilmu dan kefahaman. Bukanlah kerana ikut2an, keterpesonaan dan tarikan ukhwah yg mungkin shj hilang dengan peredaran masa, tetapi kerana KEFAHAMAN.
Andai kefahaman itu teguh dan kekal utuh, nescaya diriku akan kekal utuh bersamanya.
Termasuklah kekal mencintai dan merinduimu. Insya-Allah
:-)
Sekiranya ada masa, bolehlah klik;




