Indahnya hidup apabila semua umat mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya

Sunday, February 13, 2011

Belajarlah Mencintai bukan Berusaha Dicintai

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt 



Insya-ALLAH, untuk posting pada kali ini ana memilih untuk bercakap tentang suatu tajuk yang semestinya menjadi perhatian ramai; Cinta. 
Namun, insya-Allah dengan perspektif yang sedikit berbeza untuk membuka mata dan menyedarkan kita semua berkenaan hakikat mencintai dan dicintai :-)
Meyedari fenomena remaja hari ini yang kian hanyut dibawa arus kecintaan yang tiada arah tuju, sesat di pertengahan perjalanan mencari hakikat cinta; Akhirnya lemas setelah karam dalam lautan pencarian cinta yang gagal difahami. 

Kerana berusaha untuk dicintai, hakikat kesucian diri digadai… . Kerana berusaha dicintai, hakikat sebuah adab dan kebijaksanaan anugerah akal dalam berukhwah punah dek kebodohan diri sendiri. Ya, semua ini terjadi kerana suatu tindakan; Berusaha untuk dicintai.

Sahabat sekalian,

"Mengapa kita terlalu asyik berusaha untuk dicintai, sehingga kita gagal untuk belajar mencintai?"

Fahamilah hakikat berusaha untuk dicintai adalah suatu yang amat sukar, terlalu payah kerana kita sebenarnya sedang cuba mendidik perasaan seseorang yang tidak kita fahami sepenuhnya dengan berusaha dicintai. Sedarkah kita belajar mencintai itu jauh lebih mudah dan lebih tulus. Kita hanya perlu mendidik hati kita untuk mencintai sesuatu yang telah mencintai kita berbanding berusaha untuk dicintai yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tetapi hakikatnya kita kerap mengambil pendekatan mensia-siakan kecintaan yang telah ada pada diri sendiri dan mencari cinta yang lain. 

“Sedarilah bahawa berusaha untuk dicintai itu hanya mengundang penat, menyapa kesedihan dan membuka ruang kepada kemungkinan sebuah kegagalan hubungan cinta. Tetapi berusaha untuk mencintai itu tiada mungkin akan mengundang hadirnya makna kekecewaan”


Sahabat yang dicintai kerana Allah sekalian, 

Dalam kesibukan berusaha untuk dicintai oleh mereka yang kita cintai, kita sering terlupa bahawa kita telah mepunyai cinta terbesar dan paling agong iaitu cinta Allah Taala. Inilah cinta agong yang tiada pernah ada bandingnya. Ditambah pula dengan kecintaan sejati Rasulullah SAW yang tidak pernah luntur sampai bila-bila. Lupakah juga kita kepada ibu bapa kita yang mencintai kita semenjak dalam kandungan lagi. Ya, hakikat yang sama dalam hubungan bersahabat. Kita mempunyai sahabat yang sangat menyayangi kita seikhlasnya, tetapi kita kerap mencari cinta sahabat lain yang lebih kita senangi dan sentiasa berusaha untuk dicintainya. 

“Manusia terus mencari dan mencari untuk berusaha menjadikan orang yang dicintainya mencintainya, sehingga terlupa untuk belajar mencintai seseorang yang telah amat mencintainya”



Sahabat2 yang dicintai sekalian, 

Jika hari ini kita pernah bertanya mengapakah cintaku belum pernah bersambut? Mengapa segala yang telah kulakukan tidak pernah dibalas? Mengapa dan mengapa? Maka, tanyalah kepada diri kita; 
 “Pernahkah kita membalas kesemua cinta Allah, Rasulullah, keluarga dan sahabat2 kita, sebelum kita memohon untuk cinta kita dibalas?”


Sahabat2 yang dicintai sekalian,

Masalah bersahabat kerap berlaku kerana kita ingin memilih sahabat terbaik yang melebihi lain2nya. Kita ingin memilih seseorang yang terbaik untuk kita berkongsi segala suka duka dan akhirnya kita tewas apabila kita tidak diterima menjadi sahabat karibnya juga. Sehingga kita menjadi begitu sedih dan hampa dalam ukhwah… Namun kita terlupa sebenarnya kita telah mempunyai sahabat yang telah mencintai kita sepenuhnya sebelum itu. Tetapi malangnya kita sia-siakan peluang untuk belajar mencintainya dan sebaliknya berusaha untuk dicintai seseorang selain dari cinta yang ikhlas itu.

“Carilah cinta mereka yang telah mencintai diri kita. Kerana di situ ada sebuah ketulusan dan keikhlasan dalam perhubungan”

Dalam fenomena memilih jodoh dan Baitul Muslim. Seseorang berkata, “Hari ini aku ditolak lagi. Ini adalah kali ke-5 aku ditolak…” Ya, itu mungkin sahaja berlaku kerana kita tidak mampu membuatkan seseorang mencintai kita walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh… . Tetapi fahamilah hakikatnya bahawa kita juga mampu menerima taqdim seseorang yg telah menyukai kita dan di situ juga ada sebuah makna keikhlasan dan ketulusan.

“Ya, belajarlah menerima seseorang yang ingin mengikat kita, kerana yang pasti kita telah menerima cintanya dan yang tinggal hanyalah bagaimana kita ingin menerimanya sahaja” 

“Cinta itu bukan hak kita untuk memberi. Kita tidak mampu memberi cinta, tetapi yang pasti kita mampu menerima cinta…”


Akhir Kalam,

 “Cintakan manusia itu pasti akan pergi. Kerana hakikat pertemuan manusia pasti akan ada saatnya sebuah perpisahan. Tetapi cinta pada Allah tiada makna hakikat perpisahan dan di situ wujudnya suatu hakikat pasti sebuah pertemuan yang indah”

"Hargailah orang yang mencintaimu dan belajarlah untuk mencintai mereka. Keluarga dan sahabat2 yang mencintaimu adalah suatu anugerah dari Allah Taala. Jangan apabila sudah hilang, barulah dirimu meraba-raba mencari anugerah itu. Kerana yang pasti anugerah itu untukmu dr al-Kholiq, tetapi jika kamu tidak menghargai, anugerah itu juga boleh ditarik kembali oleh al-Kholiq. Belajarlah mencintai keluarga dan temanmu yang sungguh mencintaimu...."

“Letakkanlah cintamu di tempat yang sebenar. Fahamilah antara keikhlasan dan keinginan dalam perhubungan; kerana itu adalah kunci kebahagiaan dalam perhubungan”










Ingatan ikhlas,
Hamba, umat, keluarga dan sahabat yang menghargai sebuah makna cinta
:-)













"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"

Thursday, February 03, 2011

Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan.


29 Safar 1432H.

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.

Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".

Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".

Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."

Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "

Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.

Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.

Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."

Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.

Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber: al-Jazeera/Harakahdaily

"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"

Tuesday, February 01, 2011

Secebis Coretan buat Adik2 Mei '10

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt.

"Dalam sibuk2 bekerja dan menguruskan kerja2 jemaah dalam suasana praktikal, hampir terlupa ana pada sebuah janji yang belum ditunaikan....; Sebuah coretan buat adik2 Mei '10"

Jd, insya-ALLAH pada kesempatan ini ana mengambil peluang yg ada untuk menulis sesuatu khas buat adik2 Mei '10 yang amat dikasihi di blog ini seperti yang pernah dijanjikan. 
 Antum rupanya suka populariti jugak ek... . Hehe

Apa yang ada dengan Adik2 Mei '10?
-Jawapan ana; Segalanya...

"Sejujurnya belum pernah ana rapat dengan mana2 batch adik2 mahupun senior2 seperti hubungan rapat ana bersama adik2 Mei '10. Terlalu bnyak kenangan manis dan istimewa ana bersama dengan adik2 Mei '10 yang dikasihi"


Peringkat Awal

Memikul bebanan sebagai Presiden RMUTP 2010/2011 bukanlah sesuatu yang mudah. Sejujurnya pada awalnya ana merasakan bahawa jawatan ini adalah suatu yang amat membebankan. Sahabat2 ana biasanya mengenali ana sebagai seorang yang pandai mengelak dan melarikan diri. Pakar :-)
Segala usaha dan pakatan telah dilakukan untuk memastikan ana tidak memegang taklifan sebagai Presiden RMUTP, namun....

Teringat ana beberapa siri pergaduhan kecil antara ana dan Abg Akram Ismail (Presiden RMUTP 2009/2010) kerana menaikkan ana sebagai Presiden RMUTP. Jawatan Presiden RMUTP adalah suatu taklifan besar yang pastinya menyebabkan sesiapa sekalipun akan gerun dan terkejut.
Kelakarlah pulak bila difikir semula :-)

Namun, rupanya Allah anugerahkan hadiah yang sangat istimewa sepanjang memikul taklifan sebagai Presiden RMUTP 2010/2011. Ya, sangat istimewa. Sehingga ana merasakan taklifan sebagai Presiden RMUTP adalah suatu anugerah yang akan ana kenang sampai bila2, akan ana rindui sepanjang kehidupan...
Ana berjumpa dengan adik2 Mei '10; mutiara ukhwah.  

"Benarlah kenyataan bahawa kita akan benar2 syg seseorang sekiranya kita betul2 mengambil berat atas mereka"
Liqo' al-Mulk yang dijalankan secara konsisten di Surau Metana. Gambar ini diambil ketika adik2 Mei '10 mula2 merasai tarbiyah RMUTP. Ana selalu terharu kalau lihat gambar ni... . Antum sgt bnyak berubah, adik2ku sekalian (",)


Inilah yang berlaku... (-.-)


Hampir setiap malam ana turun ke Liqo' al-Mulk di Metana bersama adik2 Mei '10. Beberapa malam ana tidur bersama adik2 Mei '10 di Village 6. Kadang2 berbincang dan berkongsi masalah dengan sesetengah adik2 menjangkau ke pukul 3pg. Permasalahan kefahaman, keluarga, keegoaan, perasaan , akademik dan sebagainya dibincang bersama. Alangkah manisnya kenangan itu... .
Ya, hubungan yang rasanya memang seperti adik beradik bersama antum :-)


Kadang2 ana sendiri tidak menjaga tsiqoh yang menjadi kewajiban bg qiadi di hadapan sesetengah adik2 Mei '10 kerana telah menggangap mereka seperti adik2 sendiri.


"Ana memang benar2 mengambil berat kepada adik2 Mei '10 dan ana memang tidak dapat menghalang rasa kasih dan penghargaan kepada batch ini... "


Gambar ini diambil ketika Projek A (Projek Nahi Mungkar) yang dijalankan oleh RMJr. Pada ketika ini RMUTP berjaya memobilasi lebih 100 org adik2 RM Jr untuk menjayakan projek ini.
Di antara perkara yang paling ana rindui bersama adik2 Mei '10 adalah Mi'raj (Majlis Ilmu RM Jr). Gambar ini diambil ketika Mi'raj. Pada ketika ini sebilangan Muslimat RM Jr terpaksa menyusun kerusi di luar dewan kuliah kerana kehadiran terlalu ramai. Hebat!

Saat sebelum berpisah

Ini adalah saat yang amat perit dan sukar bg ana... .
Perpisah sememangnya pahit...  Ana mengakui bahawa ana tidak kuat.


Perjumpaan terakhir bersama adik2 RM Jr di Surau Metana
Makan malam terakhir bersama adik2 Mei '10. Seriously ana rindui kenangan ini. Syg antum :-)


Apabila ana selalu sgt terima mesej, dan macam2 komen di wall fbook, akhirnya ana memng selalu tewas.
Air mata kasih kerana perpisahan kerap menjelma di saat2 akhir perpisahan tambahan pula kerana beberapa isu yang berlaku... . Sehingga ke saat hari terakhir ana masih menerima mesej dr adik2 ini yang menyebabkan betapa sayunya hati ini melangkah keluar dr pagar UTP.


Sepanjang memandu ke Terengganu, gambaran adik2 sentiasa bermain di mata.
Hebak antum.  
X da lagi sesiapa yang mampu membuat hati ana begini sayu dan sukar untuk berpisah :-)



Setelah Berpisah

Kadang2 hati ini sayu sangat apabila adik2 kerap bertanya bilakah masanya ana akan melawat mereka di UTP.... Bilakah masanya ana akan dapat berjumpa mereka lagi... Ana bukan tidak mahu menjawab soalan2 seperti ini, tetapi ana tidak mampu menjawab... . 


Beberapa kali ana chat bersama dengan adik2 ini dan akhirnya ana menangis sendiri kerana teramat rindu. Hebat betul ukhwah yang diajar Islam... . Inilah hakikatnya bila ukhwah itu disandarkan semata2 kerana Allah. Ukhwah yg sejati pasti akan mendidik hati2 yang merasainya untuk menjadi lembut dan mengalirkan air mata sayang. Inilah hakikat ukhwah Rasulullah dan sahabat2 RA


"Rijal yang gagah itu adalah rijal yang mudah mengalirkan air mata. Dan rijal yang lemah adalah rijal yang tidak mampu mengalirkan air mata. Gagah itu bukan diukur dengan fizikal, tp diukur sejauh mana hati ini ditautkan pergantungan kepada Allah dan sunnah2 yang diajar Rasulullah SAW"


Masih istiqomah. Program rehlah yang dijayakan sendiri RM Jr
Bacaan al-Mulk setiap malam. Masih konsisten diperjuang dan dipertahankan. Tahniah... .
Sejujurnya walau berpisah, ana rasa gembira dan tenang.
Ana sebenarnya bukanlah seseorang yg aktif ber'fbook' sebelum ini. Tetapi akhir2 ini, ana mula aktif ber'fbook' kerana ingin melihat adik2 dari jauh. Dan alhamdulillah, ana gembira melihat adik2 yang masih istiqomah dan kekal aktif bersama dakwah dan perjuangan RMUTP. Gambar2 dan coretan2 komen adik2 menunjukkan antum masih istiqomah dan gembira dengan kehidupan sekarang. Yang paling penting, hubungan antum dengan Allah Taala juga semakin hebat. Itulah kegembiraan yang sebenar2nya bg ana, walaupun kerinduan daripada berjumpa antum belum terubat....
Terfikir ana perubahan antum hari ini dan ketika saat awal ana mengenali antum. Hebak2.....

"Tp, jgn lupa jd matang sket neh bila jumpa ana nanti, hehe"


Ramai juga yang telah menjumpai 'mutiara' yang ana pernah nyatakan dulu. Alhamdulillah.
Tahniah, hebak antum (",)

Tidak keterlaluan untuk ana nyatakan bahawa ada seseorang dlm batch ini yang sangat istimewa bagi ana. Huhu (mesti antum terus ingat Baitul Muslim ni, budak2 ni memang x matang sket. Haha). Ana merasai banyak pengalaman ukhwah, banyak pengalaman perkongsian dan kasih syg. Namun cukuplah ana nyatakan bahawa pengalaman ini paling istimewa. Ana tidak dapat mencari seseorang yang boleh menggantikan keikhlasan ana kepada seseorang dlm batch ini. Ya, perasaan syg kerana Allah yang amat kuat :-)


Ana selalu kata pada diri ana, "Biarlah apapun berlaku, ana tetap bersama dengan pendirian dan apa yang pernah ana ucapkan kerana ana pasti ianya tidak akan pernah berubah walau apa yg berlaku. Dan cukuplah dengan seorang, tiada sebelum dan tiada selepasnya... Segala yg pernah diungkapkan akan kekal selamanya, takkan pernah terkubur walau apa jua melanda kerana ianya dtg seikhlasnya dr hati yg dalam... Sayang dan rindu ukhwah yang tetap sama sehingga akhirnya"
Haha, kenyataan ni mesti mengundang kontroversi bg mereka2 yg tidak matang sepeti....


Selamat berjuang adik2ku dr kami Pimpinan RMUTP 2010/2011. Ramai dah letak jawatan ni. Hehe

Nasihat ana;

"Teruskan perjuangan bersama Rakan Masjid. Jangan malas2 dan usahlah ponteng2, nanti kita yang akan rugi. Islam x memerlukan kita tetapi kita memerlukan Islam untuk menggapai syurga dan keredhaan Allah semata. Peliharalah ukhwah kerana tautan ukhwah fillah antara antum dan juga abang2 mampu menguatkan antum dlm jalan dakwah ini. Carilah kefahaman kerana kefahaman itu adalah perkara utama dlm membina pengabdian dan pergantungan yang sepenuhnya kepada Allah"


"Penat, letih, malas itu pasti; kerana kita hanya manusia. Namun, jgn biarkan kelemahan itu menggangu hubungan kita dengan Allah Taala. Jangan kerana kelemahan ini, menjadi penyekat kita dr menggapai syurga Allah dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat"


Islam itu indah, ianya amat indah dan manis. Di dalamnya tersembunyi pelbagai rahsia yang belum terungkap dan hanya akan terungkap oleh mereka2 yang mencari kemanisan dan berusaha merasai keindahan ajarannya. Carilah kemanisan itu dengan selalu berdoa kepada Allah
Semoga dirimu terus kuat menjalani kehidupan mendatang duhai adik2ku"
 


Akhirul Kalam; 

Batch ini mengajar ana persoalan kasih sayang, kesabaran, keikhlasan, dan kejujuran dlm perhubungan. Batch ini juga mengajar ana makna istiqomah, tajarrud dan tsiqoh dlm membawa risalah Allah.
Antum memang hebat dan sentiasa membuatkan ana mengingati antum tidak kira bila dan di mana... .

"Tetapi kehebatan itu tidak membawa apa2 makna andai dirimu futur di tengah jalan. Kehebatanmu itu tiada makna andai dirimu luntur di tengah perjalanan. Dan kecintaan ini hanya sia-sia jika ianya tidak mampu membawa dirimu dekat kepada al-Kholiq. Kerana segalanya ini adalah pemberian al-Kholiq dan menjadi kewajiban kita untuk menyandarkan segalanya kepada al-Kholiq; Untuk menggapai kemanisan hakiki"

Yang pasti, insya-ALLAH ana akan menyayangi antum dan merindui ukhwah ini sampai bila2; sahabat2 dan adik2ku sekalian.

Hujung minggu ini ana akan ke UTP, tetapi malangnya antum semua bercuti di kampung ketika itu...  Mungkin sekarang belum masanya kita berjumpa dan bersua kembali...  Mungkin bila masa dan saat yang telah diizinkan Allah menjelma nanti, pasti kita akan berjumpa lagi...

And make sure on that time, you are mature enough before greet me k. Hehe
Especially Aizat Zulkarnain (Head of Immature Group), Alfian (Vice), Zakwan Rector, Pak Din, Zakiri (Secretary) and others.
Hehe.


Salam ingatan rindu...
-Akhi Hafizi





"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"

Sudut Pandang RMUTP berkenaan Krisis di Mesir

Pendahuluan

Pergolakan yang berlaku di Mesir kini boleh kita katakan sudah sampai ke tahap yang kritikal apabila kerajaan sudah mengambil tindakan mengumumkan perintah berkurung berkuatkuasa di seluruh Mesir. Pemerintahan Hosni Mubarak selama 30 tahun nampaknya sudah sampai ke tahap kemuncak yang mungkin menentukan samada beliau akan kekal di kerusi Presiden Mesir atau tidak. Kita melihat apa yang berlaku ini sebagai satu petanda baru kebangkitan para pemuda di Mesir yang menuntut perubahan untuk berlaku di Mesir.


Siapa Hosni Mubarak

Hosni Mubarak atau nama penuhnya Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak telah menjadi presiden Mesir selama 30 tahun semenjak tahun 1981. Beliau menjadi Presiden Mesir pada ketika itu menggantikan Anwar Sadat yang telah dibunuh pada tahun tersebut. Ketika itu, beliau merupakan Naib Presiden Mesir. Beliau juga merupakan bekas askar Tentera Udara Mesir.

Sepanjang pemerintahan beliau, demokrasi yang diamalkan di Mesir adalah demokrasi plastik berikutan banyak sekatan-sekatan politik yang dilaksanakan dan menyekat kebebasan politik dan hak asasi manusia di Mesir. Hosni Mubarak juga sudah terselamat daripada 6 cubaan membunuh beliau. Ada khabar angin mengatakan bahawa beliau mempersiapkan anak beliau sendiri untuk menggantikan beliau sebagai Presiden Mesir yang baru. Umurnya kini telah mencecah 82 tahun.


Pergolakan dan Krisis di Mesir

Kebangkitan dan krisis yang berlaku di Mesir ada dikaitkan juga dengan apa yang berlaku di Tunisia baru-baru ini. Namun, krisis yang berlaku di Mesir mendapat perhatian umum kerana kedegilan Hosni Mubarak untuk turun daripada kerusi Presiden yang didudukinya hingga kini. Bermula dengan beberapa siri tunjuk perasaan di sekitar Kaherah, keadaan bertambah buruk apabila khidmat Polis Mesir dihentikan dan Tentera mengambil alih tugas tersebut menyebabkan banyak banduan yang keluar dari penjara Mesir. Sebilangan daripadanya adalah tahanan dari Palestin dan mereka sudah pulang ke Gaza dan Tebing Barat, sebilangan lain pula adalah tahanan daripada Ikhwaanul Muslimin dan sebilangan lain ialah dalam kalangan penjenayah, perompak dan lain-lain.

Apa yang membimbangkan adalah penjenayah-penjenayah yang sudah terlepas ini telah menambahkan lagi kekacauan yang berlaku sehingga menyebabkan beberapa demonstran pulang ke rumah masing-masing bagi mempertahankan tempat kediaman mereka. Setakat ini ramai antara demonstran yang tercedera dan terbunuh berikutan krisis yang sedang berlaku di Mesir.


Pandangan Rakan Masjid berkenaan Krisis di Mesir

Setakat ini, di pihak mahasiswa Universiti Teknologi PETRONAS sendiri banyak yang memberi respon masing-masing berkenaan apa yang berlaku. Perbincangan hangat berlaku di Google Group An-Nasru Ilal Huda yang juga merupakan Google Group bagi mereka yang pernah terlibat dengan event-event di bawah Rakan Masjid. Melihat respon terhadap isu tersebut telah menampakkan ada kesedaran dalam kalangan mahasiswa di kampus UTP.

Tidak kurang ada yang mendoakan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan juga mendoakan keselamatan umat di Mesir. Ada juga yang berkongsi beberapa link yang boleh dilawati berkenaan isu yang sedang berlaku. Ditambah lagi dengan respon daripada Penasihat Rakan Masjid sendiri iaitu Ustaz Rahmat bin Abu Seman selaku Eksekutif Kanan Unit Pentadbiran Masjid UTP berkenaan sudut pandang beliau dalam isu ini.

Dari pihak Rakan Masjid, kami memandang apa yang berlaku di Mesir sebagai kemuncak kesabaran rakyat yang telah menderita hidup dalam suasana kuku besi pemerintahan Hosni Mubarak. Dalam perkembangan terkini juga, Ikhwaanul Muslimin telah menyatakan akan menyokong Mohamed El-Baradei sebagai calon Presiden yang baru untuk menggantikan Hosni Mubarak. Walaupun Hosni Mubarak masih enggan turun dan telah melantik dua rakannya menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Mesir, masalah tak akan dapat diselesaikan kerana rakyat mahukan beliau turun daripada takhta beliau.

Maka kami di sini menyokong sekiranya Hosni Mubarak berundur daripada kerusi Presiden dan digantikan dengan orang lain. Kedegilan beliau daripada berbuat demikian akan membuatkan krisis yang berlaku sekarang menjadi lebih teruk dan bakal mencetuskan peperangan di Mesir. Sekiranya beliau masih mahu melihat keamanan di Mesir, beliau perlu turun daripada kerusi beliau secara rela.


Penutup

Sebagai penutup, sedikit renungan buat kita sebagai manusia yang mana mendapat tugas daripada Allah sebagai Khalifah di muka bumi untuk memakmurkan bumi. Maka laksanakanlah amanah ini sebaiknya. Jangan berlaku zalim kepada masyarakat dan anak buah kita. Sebagai seorang pemimpin, kita patut menjaga hak Allah yang sepatutnya dijaga dan dipelihara dan jangan dizalimi sistem tersebut. Mungkin sekarang kita berada di atas tapi Allah juga ada perancangannya tersendiri dan perancangan Allah itulah yang terbaik. Moga krisis pergolakan di Mesir dapat diselesaikan secara aman. Sama-sama kita doakan

Insya Allah.


Arif Aizuddin
Ketua Penerangan dan Perhubungan Awam,
Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS


"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"