Indahnya hidup apabila semua umat mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya

Wednesday, January 26, 2011

Teguranku buat AJK Rakan Masjid UTP dan 'mereka yang memahami'

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt... .

Setelah sekian lama membisu daripada sebarang update, sukalah ana pada kali ini mengambil kesempatan masa lapang yang dianugerahkan Allah Taala ini untuk menulis sesuatu buat sahabat2. Insya-ALLAH, fokus ana pada kali ini adalah kepada AJK RMUTP dan 'mereka2 yang memahami'... . Termasuklah yang sedang berpraktikal (",)

Pengalaman selama 4 tahun di UTP... Dan selama itu jugalah pengalaman ana bersama RMUTP dan suasana kampus tercinta. Terlalu bnyak kenangan manis yang dikutip dari medan pendidikan terhebat ini. Bagi ana, tentunya kenangan bersama RMUTP dan suasana di Masjid an-Nur adalah pengalaman yang paling manis sepanjang ana berada di UTP yang tercinta

Namun, ana tidak dapat menolak bahawa tetap terdapat beberapa perkara yang kurang elok di pandangan mata ini. Dan tentunya menjadi kewajiban kepada setiap diri Muslim yang memahami itu untuk memberi teguran di atas perkara2 yang kurang elok dan perlu diperbaik..  "Addinu Nasihah - Agama itu adalah nasihat"

"Insya-ALLAH, ana mengambil kesempatan ini untuk menegur berkenaan beberapa perkara yang difokuskan kepada aktiviti-aktiviti di Masjid an-Nur yang kian merisaukan..." 



Budaya Makan/Meeting/ Selepas Maghrib

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya makan selepas maghrib seolah2 telah menjadi trend yang diterima semua ahli jemaah masjid. Kebanyakan ahli jemaah masjid ibarat menerima trend ini sebagai suatu budaya yang tidak menjadi masalah untuk diteruskan. 

Sedarkah kita sesetengah ulama' menyamakan waktu selepas maghrib sebagai pengganti kepada Qiamullail, namun waktu ini kita gunakan untuk "makan"?

Sesetengahnya menggunakan alasan; Menghidupkan ukhwah dengan makan bersama2 selepas maghrib, kesibukan assignment selepas isyak dll. Lantas memilih untuk makan selepas maghrib. Sebenarnya lebih tepat lagi, "memilih untuk makan dan meninggalkan kuliah maghrib/ceramah mingguan/kelas tarannum/bacaan yaasin... "

Sahabat2 sekalian, sebenarnya budaya makan selepas maghrib ini merupakan budaya yang tidak baik dan perlu dielakkan. Kita dapat melihat bagaimana ramainya jemaah yang datang ke masjid untuk solat maghrib berjemaah, namun apabila tiba kuliah maghrib tidak sampai 1/10 daripada ahli jemaah mendengar kuliah maghrib ataupun bersama program2 masjid (tahlil, yaasin dll). Masing2 menghidupkan enjin kenderaan dan berborak2 mencari destinasi makan malam... . 

Ana tidak dapat menolak bahawa jumlah ahli jemaah masjid di UTP jauh lebih ramai dibandingkan dengan kampus2 luar seperti UiTM dll, namun apabila tiba masa kuliah, maaf untuk ana katakan bahawa kita jauh tertinggal ke belakang.

Ilmu yang kita terima di UTP adalah berkaitan engineering dan kita memang tidak ada masa mendengar kuliah2 dan pengisian agama setiap hari drpd dewan2 kuliah. Maka, timbul persoalan; Mengapakah kita menolak untuk mendengar kuliah maghrib/subuh di Masjid sedangkan inilah masa terbaik untuk kita mendalami ilmu dan meningkatkan kefahaman? 

Sudah cukupkah kefahaman kita berkenaan agama? Sudah cukupkah bekalan kita menghadapi masyarakat luar dan berbicara berkenaan agama? Sudah sempurnakan solat kita dan ibadah2 yang lain? 

"Lantas atas alasan apakah yang menyebabkan kita menolak untuk mendengar pengisian2 agama yang diberikan percuma dan memilih untuk makan dan berborak kosong di cafe2?"

Perkara yang sama diperhatikan dalam urusan meeting. 

Mengapakah bibit2 meeting selepas maghrib kian dihidupkan? Event2 RMUTP kini juga semakin rancak dijalankan selepas Maghrib... . Adakah sebarang urusan yang boleh mendahului urusan panggilan seruan Allah untuk solat? 

Ana tidak menolak dan menghentam sahabat2 yang mengadakah meeting2 selepas maghrib dengan mengatakannya berdosa, namun ini adalah fenomena yang amat tidak elok. Ambillah contoh2 Rasulullah, sahabat2 dan jemaah2 di Malaysia, yang sentiasa mendahulukan waktu solat sebelum mana2 hal lain...  . Jemaah sehebat PAS dengan program sebesar muktamar boleh berhenti sebelum solat. Maka, atas kapasiti kepentingan apakah kita tidak menghormati waktu solat? 

Sekiranya tiada kuliah atau mana2 program di masjid sekalipun, salahkan sekiranya kita memanfaatkan peluang menagih pahala ibadah di waktu maghrib ini dengan membaca al-Qur'an, berzikir @ melakukan majlis ilmu? @ kita akan kekal menjadikan makan sebagai tabiat selama-lamanya ketika waktu ibadah yang besar ini?
Fenomena ini sudah menjadi budaya dan tabiat. Sukar diubah, namun tetap mesti diubah!

Budaya membaca qur'an/usrah ketika Kuliah Maghrib



Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : 
"Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir (majlis memperingati Allah), apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
 
Adalah suatu yang tidak patut bagi mana2 ahli jemaah untuk membaca al-Qur'an ketika kuliah sedang berlangsung. Ini berdasarkan sirah Rasulullah yang memilih majlis ilmu berbanding kelompok yang mendirikan solat dan berzikir. Hal ini juga akan menggangu konsentrasi penyampaian majlis ilmu yang sepatutnya dielakkan.

Ana tidak sekali2 menolak untuk mana2 sahabat yang tetap memilih untuk membaca al-Qur'an. Silakan... . Ana memahami keperluaannya termasukkanlah kepada penghafal2 al-Qur'an yang perlu mengekalkan hafalan. Bacalah al-Qur'an tanpa menggangu ahli jemaah lain yang berada dlm majlis ilmu. Jalankanlah bacaan al-Qur'an di bahagian luar dan penjuru2 yang tidak menimbulkan fitnah. 

Namun, untuk usrah smart group dll, elakkan lah daripada mengadakannya ketika waktu kuliah. Jika terlalu terdesak, janganlah dibuat di tempat yang sama kuliah disampaikan... . Perkara ini telah banyak kali ditekankan oleh Ayahanda Ustaz Rahmat, namun masih tetap berlaku. Persoalannya, siapakah yang meneruskan usrah dan aktiviti ke-2 ketika waktu kuliah ini...  Jawapannya: Kita, AJK RMUTP dan 'mereka2 yang memahami'

Budaya datang lewat ke masjid

Sejujurnya inilah antara budaya yang mesti diberikan penekanan utama. Masalah ini sangat2 ketara. Sangat2. Ana tidak pernah solat subuh di mana2 masjid selewat di Masjid an-Nur.
Kebanyakan pelajar menunggu azan sebagai kunci atau penyebab mereka dtg ke masjid... . Tanpa azan, mereka tidak akan dtg ke masjid...  Hal ini juga sudah menjadi budaya yang sangat merisaukan. 

Selesai shj imam memberi salam, terus bersambung dengan iqamat yang baru. Kemudian terus bersambung2. Sahabat2, tujuan kita datang ke masjid untuk bersama2 imam pertama, bukan imam ke-2, ke-3 dan seterusnya...  . Fenomena ini juga sudah menjadi kebiasaan yang sebenarnya 'pelik'. Kenapa dilewat2kan waktu dtg ke masjid dan menunggu azan..lebih buruk lagi sesetengah drpd kita sengaja menunggu 10 minit selepas azan sebelum dtg ke masjid.

Keadaan ini diburukkan juga kerana pemilik2 kenderaan biasanya menunggu sahabt2 yang ingin menumpang kenderaan mereka. Disebabkan menunggu penumpang, pemilik kenderaan juga terlewat ke masjid. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku, sekiranya kita ingin menumpang, pastikan kita bersiap lebih awal dan bukan menyebabkan semua org menunggu kita dan seterusnya kita menyebabkan orng2 yang  sepatutnya mendapat pahala takbir bersama imam tidak dapat pahala tersebut... Bukankah ini namanya zalim?




Sahabat2 yang dicintai kerana Allah sekalian,
Ana menulis perkara ini adalah lebih tepat lagi menasihati diri ana terutamanya. Ana memahami keadaan kita sebelum ini yang gemar makan selepas maghrib, meeting selepas maghrib, membuat usrah selepas maghrib, aktiviti sendiri2 selepas solat subuh dll. Ana faham, dan kini ana memahamkan juga bahawa perkara ini perlu diubah dan jangan diteruskan! Ini fenomena 'kelakar' dan tabiat yang amat merisaukan jika diteruskan.

Alhamdulillah, suasana praktikal mengajar ana tentang kesilapan2 yang kita lakukan ini. Jangan diteruskan, nanti akan menjadi budaya yang buruk! Sangat buruk dan sangat sukar untuk diubah! Elakkan budaya ini dan insya-ALLAH kita akan lebih gembira dan bertambah luas pengetahuan dan kehambaan kita. Kita adalah golongan yang mempertahankan dakwah dan Islam, kita tidak boleh terus-menerus membuka ruang fitnah ini dlm usaha kita menegakkan kalimah Allah yang tercinta... .

Ayuh berubah, jangan jadikan fitnah kepada golongan yang memahami Islam. Jangan menunjukkan contoh yang buruk untuk diikuti, kerana yang pasti 'saham' sekiranya sesiapa mengikutinya akan kita tanggung bersama. Sama2lah kita mebaiki keadaan ini. Jangan ego, kerana yang pasti; "Jika kita ego untuk berubah, kita akan gagal dan sukar dipandang dengan kasih sayang Allah". Lebih buruk lagi, sekiranya kita mempengaruhi sahabat2 kita untuk meneruskan kesilapan ini...dan mengabaikan nasihat baik yang diterima.
(",)
Salam sayang buat semua shbt2 yang dicintai kerana Allah Taala sekalian... .



"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"

Tuesday, January 04, 2011

Ethylene and Polyethylene Malaysia Sdn. Bhd; "Why I love it"

Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya hari ini sudah hampir sebulan ana berpraktikal di EPEMSB. Sukalah ana pada kali ini menceritakan pengalaman internship ana di sini. And Why I love being here... .
:-)

Pagi td, ana baru sahaja menghabiskan instrument presentation berkenaan Amine Treatment (The first step process in this plant) di hadapan Cik Din (Head Ethylene Technical Dept). 
Herm, rasanya terlepaslah beban sket dan barulah boleh aktif update blog ni. Hehe.

Semenjak hari pertama ana melangkahkan kaki di EPEMSB, memang x rasa asing lagi. Everywhere, semua orang bercakap bahasa Terengganu pekat. Haha. Termasuklah ketika orientasi, the pure one. Ana sendiri yang dah 21 tahun hidup di sini pun x faham sesetengahnya... . I really improve my "Loghat Tranung" well. 
(",)

Tetapi, ini bukanlah sebab utama ana gembira di sini... 
Ana gembira di sini kerana suasana Islami yang hidup subur di sini

Ketika hari pertama ana melangkah ke EPEMSB, papan tanda pertama yang ana jumpa adalah "Sudahkan Anda Sembahyang?". Ana teruskan perjalanan dan kemudian jumpa lagi papan tanda yang sama, "Sudahkan anda sembahyang?". 

Siapa boleh jangka, di sebuah syarikat bertaraf dunia di sini, papan tanda seperti ini menjadi kebiasaan. Gesaan mengerjakan sembahyang berada di tempat2 umum yang akan mengingatkan semua pekerja dan pelawat tentang gesaaan menjalankan perintah Allah.  

UTP pun x mampu buat mcm ni kot (",)



Teringat ana dialog Kak Ma ketika sedang briefing : "Herm, sekarang dah pukul 8.30pg, kami semua ada tazkirah pagi/dhuha sekarang ni. Adik2 tunggu di sini dulu dan buat perbincangan adik2. Nanti selepas tazkirah pagi PETCHEM dalam setengah jam, Kak Ma datang balik". Hebat, Tazkirah pagi bagi department!

Ana bertanya; "Kak Ma shj ke yg pergi?". Jawapan Kak Ma: "Tak, ini satu department pergi". Dan memang betul... . Satu pejabat kosong dan ditutup kerana kuliah dhuha!  Siap lampu pejabat pun ditutup (",)
Can you really find this atmosphere in any other company?

Kami meneruskan perjalanan untuk solat Zuhur di Surau EPEMSB. Herm, siapa sangka rupanya ada kuliah Zuhur dari Ustaz Zul (Ustaz yang hebat berjuang di medan sebenar). Keesokannya pula dr Ustaz yang berlainan dan sampai ke hari ini setiap hari mesti ada kuliah Zuhur di Surau EPEMSB. Dan kuliahnya bukan kuliah biasa, tetapi turut menyentuh soal perjuangan dan dakwah. Ya, setiap hari tazkirah dakwah dan pejuangan di sebuah company engineering bertaraf dunia... . Hebat!

Selepas orientasi, hari pertama ana menjejakkan kaki ke bilik-bilik seluruh EPEMSB untuk sesi suai kenal bersama staff. Suhanallah, setiap pintu di EPEMSB diletakkan kalimah "Bismillahirrahmanirrahim", "Assalamualaikum". Sesetengahnya dilengkapkan dengan doa. 




Apabila tepat jam pukul 8pg pula, setiap hari akan ada bacaan doa yang dibacakan oleh staff EPEMSB. Doa ini adalah doa harian yang dibaca tanpa pernah miss. Dibacakan dengan speaker induk Company. Ini bermaksud seluruh EPEMSB termasuklah di kawasan plant akan mendengar dan mengaminkan doa ini setiap pagi. Subhanallah. Di sini ana quotekan doa2nya yang dibacakan setiap pagi dlm dwibahasa.... 


"Ya Allah, dengan limpah dan kurnia-Mu, kami mohon kurnia atas rahmat dan keredhaan-Mu dan keampunan-Mu atas apa2 jua yg kami lakukan. Ya Allah, kami mohon perlindungan serta pertolongan-Mu dr berlakunya sebarang bencana dan perkara yang tidak diingini. Ya Allah, kurniakanlah keselamatan dan lancarkanlah perjalanan operasi loji kami. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami semua kekuatan ke atas kebahagiaan di sisi-Mu dan bukalah pintu hati kami ke arah kesedaran, semoga kami menjadi warga kerja yang cemerlang. Ya Allah, jadikanlah mata pencarian kami berkat serta peliharakanlah isteri dan keluarga kami drpd berlakunya bala bencana"

"O Ya Allah, Please forgive our sins, please forgive the sins of our parents. Ya Allah, please forgive the sins of the whole ummah. Ya Allah, please bestow the safety of our plant. Ya Allah, we want to become the better people, royal to the nation and cooperation.... "
PETLIN; Di hadapan EPEMSB
Kekaguman ana kepada EPEMSB tidak terhenti di situ shj. Selang beberapa minit, terdengar pula bacaan doa drpd speaker utama PETLIN (di hadapan EPEMSB) dengan doa juga. Rupanya bukan di EPEMSB dan PETLIN shj, ramai lagi anak syarikat PETRONAS yang mengamalkan bacaan doa di setiap waktu pagi. Ya, di sini adanya warga berlainan agama dan profesional dunia dr negara yang berlainan tetapi PETRONAS berjaya melakukannya. Tahniah!


Bila ana dibawa berjumpa dengan staff2 sekali lagi kejutan berlaku. Ana berjumpa dengan Kak Fara, Kak Jihan dll. Mereka engineer, tetapi masih mempertahankan imej2 muslimat. Kak Jihan  (S/U kepada Head Technical), memakai jilbab labuh dan kurung besar. Kerjanya ligat, dengan imej muslimat yang hebat. Kak Fara pulak adalah pakar Hot Section EMSB tetapi mempertahankan imej Islam. Terlalu ramai untuk ana ceritakan semuanya... Namun stokin ibarat suatu kemestian bg pekerja wanita di sini terutamanya di department PETCEN. Semua memakai pakaian Muslimat tetapi melakukan kerja2 management dan engineering dengan sgt ligat. Bukti kehebatan Muslimat Islam. 

Sekadar suatu cerita, bila ana dtg awal ke pejabat dlm pukul 7.30 - 7.40 pg setiap hari ana akan nampak Kak Jihan sembahyang (Mungkin sunat Isyraq) dlm biliknya ketika suasana masih sunyi. Hebat2 :-)

Minggu pertama ana di EPEMSB, hari pertama ana bekerja telah ada ceramah umum yg dilakukan waktu bekerja. Maksudnya, mana2 pekerja boleh ke ceramah umum ini ketika waktu bekerja. Siap diberi lagi kupon RM5. Pergi ceramah waktu kerja. Siapa yang boleh expect hari pertama bekerja dpt g ceramah agama dan dpt duit free...? Ceramah ni pula turut dihadiri GM. Subhanallah!

Kemudian, disusuli dengan Kem Solat dlm syarikat induk EPEMSB anjuran BAKIP. Di sini ana jumpa abg Hakim (Presiden RMUTP 2008/2009) dan ramai senior2 Rakan Masjid yang datang mengendali bengkel solat kepada anak2 staf EPEMSB dan umumnya PETRONAS. Dalam bangunan induk ada kem solat untuk anak2 staf. Dan lebih menarik lagi, ianya diadakan ketika waktu bekerja! Tahniah kepada BAKIP dan senior2 RMUTP yang sanggup dtg dr Perak untuk jayakan event ni :-)

Hari pertama ana berjumpa dengan SV ana, Abg Usop. Ana memang agak segan. dan takut mulanya. Haha. Mana x nyer, tengok helmet dia shj dan takut kot. Ana difahamakan helmet dia shj harga lebih RM 2000. Huhu. X termasuk motor besarnya lagi. Takut betul kalu SV ana ni garang dan jenis kaki motor. Tetapi, last2 bercakap ana-enta dengan ana. (",) Sampai sekarang ana bercakap ana-enta bersama SV ana ni... . SV ana ni pulak, memng x payah ceritalah. Dia ni rupanya bekas ahli Rakan Masjid UTP dan pernah menjadi Project Manager ConvoFair. Dengan motornya yang besar dan telah berkeluarga, tetapi masih mempertahankan ana-enta, dan suasana Islamik. Dia selalu ada bila program2 dakwah dijalankan sekitar Kerteh dan Dungun. Subhanallah.

Event pertama yang ana laksanakan di sini adalah Farewell and Welcoming Dinner for Trainees in EPEMSB. Ana diamanahkan untuk mengetuai program ini dan ana sendiri yang mengendalikan event ni. Diaorg bg Presiden RMUTP handle. Confirmlah ana buat cara ana... . Ana sendiri menjadi MC (lama dah x jadi kot, hehe), ana penuhkan dengan tazkirah dan selitkan dengan ayat2 al-Qur'an dlm majlis. Ana pakai kepiah dll dalam dinner, and I really not feel strange. I feel happy and confident kerana suasana yg ana bawa boleh diterima oleh semua. Suasana Islamik bukanlah sesuatu yg pelik di EPEMSB.. . Cuba bayangkan kalu ana bawa pendekatan ini kepada dinner course di UTP. Mesti mcm2 yang keluar lepas dinner :-( 

Herm, ngantuk dah... (",) 











Aku bersyukur Ya Allah kerana kau berikanku kesempatan untuk belajar di sini dan berjumpa dengan mereka2 yang hebat mempertahankan agama-Mu. Aku juga bertambah yakin dengan jemaah Rakan Masjid yang kau anugerahkan kepadaku. Di sini aku dapat melihat betapa Rakan Masjid memberi sumbangan kepada masyarakat. Di mana sahaja program dakwah yang ku hadiri akan ada senior2 Rakan Masjid. Dengan bilangan yang sgt ramai.... Mereka membawa bersama anak2 dan keluarga untuk sama2 berjuang di sini

Perjuangan Rakan Masjid nampaknya diteruskan di mana2. Suasana Islamik di EPEMSB dan seluruh company PETRONAS memang banyak dibantu oleh mereka yang memahami fikrah Islam. Aku dapat melihat betapa mereka2 yang pernah menerima tarbiyah Rakan Masjid begitu hebat berjuang di sini. Teringat ana kepada cerita Abg Hakim bagaimana seorang trainee Rakan Masjid dpt mengubah suasana seluruh KLCC membaca al-Ma'tsurat. Kini, aku semakin mengerti enti kemanisan mutiara ini.... 

Barulah ana faham kenapa wakil KLCC menelefon Rakan Masjid dan meminta database Ahli AJK Rakan Masjid yang bakal bergraduasi untuk bekerja bersama PETRONAS pada tahun lepas... :-)





"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"