Indahnya hidup apabila semua umat mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya

Sunday, February 13, 2011

Belajarlah Mencintai bukan Berusaha Dicintai

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt 



Insya-ALLAH, untuk posting pada kali ini ana memilih untuk bercakap tentang suatu tajuk yang semestinya menjadi perhatian ramai; Cinta. 
Namun, insya-Allah dengan perspektif yang sedikit berbeza untuk membuka mata dan menyedarkan kita semua berkenaan hakikat mencintai dan dicintai :-)
Meyedari fenomena remaja hari ini yang kian hanyut dibawa arus kecintaan yang tiada arah tuju, sesat di pertengahan perjalanan mencari hakikat cinta; Akhirnya lemas setelah karam dalam lautan pencarian cinta yang gagal difahami. 

Kerana berusaha untuk dicintai, hakikat kesucian diri digadai… . Kerana berusaha dicintai, hakikat sebuah adab dan kebijaksanaan anugerah akal dalam berukhwah punah dek kebodohan diri sendiri. Ya, semua ini terjadi kerana suatu tindakan; Berusaha untuk dicintai.

Sahabat sekalian,

"Mengapa kita terlalu asyik berusaha untuk dicintai, sehingga kita gagal untuk belajar mencintai?"

Fahamilah hakikat berusaha untuk dicintai adalah suatu yang amat sukar, terlalu payah kerana kita sebenarnya sedang cuba mendidik perasaan seseorang yang tidak kita fahami sepenuhnya dengan berusaha dicintai. Sedarkah kita belajar mencintai itu jauh lebih mudah dan lebih tulus. Kita hanya perlu mendidik hati kita untuk mencintai sesuatu yang telah mencintai kita berbanding berusaha untuk dicintai yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tetapi hakikatnya kita kerap mengambil pendekatan mensia-siakan kecintaan yang telah ada pada diri sendiri dan mencari cinta yang lain. 

“Sedarilah bahawa berusaha untuk dicintai itu hanya mengundang penat, menyapa kesedihan dan membuka ruang kepada kemungkinan sebuah kegagalan hubungan cinta. Tetapi berusaha untuk mencintai itu tiada mungkin akan mengundang hadirnya makna kekecewaan”


Sahabat yang dicintai kerana Allah sekalian, 

Dalam kesibukan berusaha untuk dicintai oleh mereka yang kita cintai, kita sering terlupa bahawa kita telah mepunyai cinta terbesar dan paling agong iaitu cinta Allah Taala. Inilah cinta agong yang tiada pernah ada bandingnya. Ditambah pula dengan kecintaan sejati Rasulullah SAW yang tidak pernah luntur sampai bila-bila. Lupakah juga kita kepada ibu bapa kita yang mencintai kita semenjak dalam kandungan lagi. Ya, hakikat yang sama dalam hubungan bersahabat. Kita mempunyai sahabat yang sangat menyayangi kita seikhlasnya, tetapi kita kerap mencari cinta sahabat lain yang lebih kita senangi dan sentiasa berusaha untuk dicintainya. 

“Manusia terus mencari dan mencari untuk berusaha menjadikan orang yang dicintainya mencintainya, sehingga terlupa untuk belajar mencintai seseorang yang telah amat mencintainya”



Sahabat2 yang dicintai sekalian, 

Jika hari ini kita pernah bertanya mengapakah cintaku belum pernah bersambut? Mengapa segala yang telah kulakukan tidak pernah dibalas? Mengapa dan mengapa? Maka, tanyalah kepada diri kita; 
 “Pernahkah kita membalas kesemua cinta Allah, Rasulullah, keluarga dan sahabat2 kita, sebelum kita memohon untuk cinta kita dibalas?”


Sahabat2 yang dicintai sekalian,

Masalah bersahabat kerap berlaku kerana kita ingin memilih sahabat terbaik yang melebihi lain2nya. Kita ingin memilih seseorang yang terbaik untuk kita berkongsi segala suka duka dan akhirnya kita tewas apabila kita tidak diterima menjadi sahabat karibnya juga. Sehingga kita menjadi begitu sedih dan hampa dalam ukhwah… Namun kita terlupa sebenarnya kita telah mempunyai sahabat yang telah mencintai kita sepenuhnya sebelum itu. Tetapi malangnya kita sia-siakan peluang untuk belajar mencintainya dan sebaliknya berusaha untuk dicintai seseorang selain dari cinta yang ikhlas itu.

“Carilah cinta mereka yang telah mencintai diri kita. Kerana di situ ada sebuah ketulusan dan keikhlasan dalam perhubungan”

Dalam fenomena memilih jodoh dan Baitul Muslim. Seseorang berkata, “Hari ini aku ditolak lagi. Ini adalah kali ke-5 aku ditolak…” Ya, itu mungkin sahaja berlaku kerana kita tidak mampu membuatkan seseorang mencintai kita walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh… . Tetapi fahamilah hakikatnya bahawa kita juga mampu menerima taqdim seseorang yg telah menyukai kita dan di situ juga ada sebuah makna keikhlasan dan ketulusan.

“Ya, belajarlah menerima seseorang yang ingin mengikat kita, kerana yang pasti kita telah menerima cintanya dan yang tinggal hanyalah bagaimana kita ingin menerimanya sahaja” 

“Cinta itu bukan hak kita untuk memberi. Kita tidak mampu memberi cinta, tetapi yang pasti kita mampu menerima cinta…”


Akhir Kalam,

 “Cintakan manusia itu pasti akan pergi. Kerana hakikat pertemuan manusia pasti akan ada saatnya sebuah perpisahan. Tetapi cinta pada Allah tiada makna hakikat perpisahan dan di situ wujudnya suatu hakikat pasti sebuah pertemuan yang indah”

"Hargailah orang yang mencintaimu dan belajarlah untuk mencintai mereka. Keluarga dan sahabat2 yang mencintaimu adalah suatu anugerah dari Allah Taala. Jangan apabila sudah hilang, barulah dirimu meraba-raba mencari anugerah itu. Kerana yang pasti anugerah itu untukmu dr al-Kholiq, tetapi jika kamu tidak menghargai, anugerah itu juga boleh ditarik kembali oleh al-Kholiq. Belajarlah mencintai keluarga dan temanmu yang sungguh mencintaimu...."

“Letakkanlah cintamu di tempat yang sebenar. Fahamilah antara keikhlasan dan keinginan dalam perhubungan; kerana itu adalah kunci kebahagiaan dalam perhubungan”










Ingatan ikhlas,
Hamba, umat, keluarga dan sahabat yang menghargai sebuah makna cinta
:-)













"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"

4 comments:

Hidupkan Agamamu, Patuhi Rabb mu