Indahnya hidup apabila semua umat mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya

Monday, December 13, 2010

Fahami Definisi Ukhwah Sahabat; Kefahaman dan Keredhaan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt.

Sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah ke alam pekerjaan berpraktikal pada hari ini, sahabat2 tidak pernah jemu-jemu menghubungi ana berbincang dan bertanya berkenaan masalah ukhwah yang dihadapi. Antaranya ada yang menangis sebak meluahkan perasaan seperti tidak menjumpai sahabat, tiada sahabat yang ingin berkawan, terlalu menyayangi sahabat, disisihkan dr sahabat walaupun setelah segalanya diberikan, terseksa dan pening dengan ukhwah dll. 

Setakat yang diingati, belum pernah rasanya ana menangis setelah menasihati puluhan sahabat2 yang sudi berkongsi masalah ukhwah dan kefahaman sejak bertahun yang lalu. Namun, beberapa hari yang lalu tanpa disedari air mata ini mengalir apabila membaca kembali mesej nasihat yang pernah ana berikan kepada seorang sahabat;

"Nasihat ana, fahami definisi ukhwah sahabat kita. Sahabat kita mungkin mempunyai definisi ukhwah yang berbeza dengan kita. Jangan kerana keegoan dan ketidakmatangan kita dalam ukhwah menyebabkan kita jauh dari sahabat yang kita sayangi"

Mungkin kerana perkataan ini sangat bertepatan dengan ukhwah yang ana sendiri alami, menyebabkan hati ini begitu tersentuh... Rasanya pada kali ini sukalah ana memilih untuk bercakap berkenaan "Fahami Definisi Ukhwah Sahabat" seperti yang ana nasihati pada sahabat ana ini... .

Sahabat2 yang dicintai kerana Allah sekalian,
Setiap manusia dianugerahkan Allah dengan kefahaman dan keegoan yang berbeza dalam meniti persoalan ukhwah. Ada di antara kita yang menerima definisi ukhwah dengan selalu berjalan bersama, makan bersama, tidur bersama, belajar bersama dan berkongsi segala masalah bersama-sama. Bahkan ada di antara kita yang sanggup berkongsi pakaian dan barang2 personal seperti berus gigi kerana ukhwah. Ini adalah definisi ukhwah sesetengah daripada kita.

Namun, awas! Fahamilah bahawa setiap orang mempunyai definisi ukhwah yang berbeza. Sesetengah daripada kita ada yang dilahirkan daripada keluarga yang garang, mengamalkan disiplin di rumah, adik-beradik semua lelaki dan sebagainya menyebabkan definisi ukhwah yang diterima berbeza. Didikan keluarga dan beberapa faktor lain juga menyebabkan sahabat kita mungkin tidak dapat menerima langsung definisi ukhwah kita yang mentakrifkan ukhwah dengan hubungan rapat yang dilakukan secara bersama2 dalam semua perkara.

Apabila persoalan definisi ukhwah sahabat kita yang berbeza ini tidak difahami, maka berlakulah perselisihan dan jurang ukhwah mula jelas wujud. Sebelah pihak merasakah sebelah pihak yang lain tidak suka dan mula menjauhkan diri daripadanya. Dalam masa yang sama, sahabat di sebelah yang lain merasakan sahabt itu mula melarikan diri daripadanya. Maka ukhwah yang terjalin mula retak dan akhirnya terputus.... Na'uzubillah.

Fahamilah sahabat2 sekalian bahawa sebenarnya masalah ini terjadi hanyalah kerana salah faham dan ketidakmatangan kita dalam menilai definisi ukhwah sahabat kita terhadap perhubungan. Tidak semua sahabat kita boleh menerima definisi ukhwah kita yang mentakrifkan ukhwah dengan hubungan intim. Kita memang suka mesej, bertukar hadiah, berjumpa di bilik2, menelefon dan sebagainya, namun mungkin sahaja sahabat kita yang menerima didikan keluarga yang berbeza tidak selesa dengan cara ini. Maka, mulalah wujudnya virus2 ukhwah sekiranya kita jahil dengan pendekatan kita terhadap ukhwah... .

"Menyayangi seseorang bukanlah bererti kita mendapat kembali kasih sayang  drpd sahabat itu. Namun, kasih sayang itu dinilai apabila kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan sahabat kita dalam kemungkinan kita sendiri terseksa. Itulah nilai kasih sayang ukhwah yang sejati... . 

Ana tidak sekali-kali bercakap kosong, namun itulah hakikat ukhwah yang ana alami sendiri... .
Sahabat yang paling ana sayang dan rindui adalah seorang yang telah lama ana tidak hubungi dan menerima khabar berita secara langsung daripadanya. Ya, sahabt yang paling ana sayangi dan rindui. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana itulah nilaian ukhwah. Ana memahami bahawa sahabat yang paling ana sayangi ini tidak suka kepada hubungan yang terlalu rapat dan terbuka, maka itulah definisi ukhwah yang perlu ana fahami dan hargai berkenaan dirinya. 

Ya, memng kita akan terus merinduinya dan sedikit terseksa, namun itulah nilaian ukwah....  Ana tidak pernah melupakan sahabat ana ini walaupun sehari, tidak pernah ana tidak mengalirkan air mata dalam doa ana kepadanya dalam solat dan sebagainya. Setiap hari pasti wajah sahabat ini akan muncul sentiasa dan ana akan tetap usahakan untuk tidak pernah lupakan beliau. Definisi ukhwah kami berbeza dan tidak membenarkan hubungan yang terlalu akrab, namun bukan bererti ukhwah kami tidak segar dan muram. Ukhwah bukan diukur dengan kasih sayang yang dilihat fizikal, tetapi diukur dengan kasih sayang tautan hati yang disandarkan kepada Allah Taala. Kalau dengan sedikit hubungan dapat menjadikan sahabat kita gembira dan dekat dengan Allah Taala, maka bersedialah untuk lakukannya.

Sahabat2 sekalian, janganlah terlalu ego untuk mengubah definisi ukhwah kita. Jika mungkin kita perlu meluahkan sayang dan menghargai sahabat kita yang sukakan hubungan akrab dalam segala hal, maka lakukanlah perubahan untuk menggembirakan sahabat kita. Ukhwah ini tidak akan terhasil jika hanya diusahakan di sebelah pihak sahaja. Kedua-dua pihak mesti belajar memahami definisi ukhwah sahabat dan berusaha mengubah atau menyesuaikan definisi ukhwah kita bersama sahabat. Luahkanlah kasih sayangmu kepada sahabt jika kamu menyintainya dan merinduinya juga kerana yang pasti itu adalah perkara yang amat menggembirakan orang yang berukhwah. Namun, mereka yang berukhwah akan terseksa jika kita mengambil pendekatan membisu dan tidak menghiraukan definisi ukhwah sahabat kita kerana ego dan ketidakmatangan kita dalam memahami persolan ukhwah.

Sabda Rasulullah saw;
"Sekiranya kamu mencintai sahabatmu, maka katakanlah kepadanya bahawa kamu mencintainya"


Akhiru Kalam;
Fahami definisi ukhwah sahabatmu...  Jangan terlalu emosi dan terlalu mengharap diri sahabatmu mengikut corak definisi ukhwah yang kamu fahami. Cubalah belajar memahami dan menghargai definisi berbeza ukhwah sahabat yang kita sayangi dengan seikhlasnya. 

Semoga kita semua sentiasa dalam redha ALLAH Taala dalam meniti kemanisan ukhwah ini... 
:-)
 
"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"