
President of RMUTP 2006-2011Who'll be the Acting President of RMUTP 2010-2011
Will Soon Revealed....
November 4, 2010
"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"
RMUTP: RMUTP tidak pernah menghina mana2 pihak.
"Terutamnya usaha2 murni Choir Group. Melalui perbincangan, kami sedia maklum bahawa bukan sahaja Choir Group, bahkan Nasyid band dan Euphonious band tiada langsung yang menerima bayaran. Satu pujian diberikan atas usaha murni untuk menolong menyedarkan warga kampus dalam aspek alam sekitar dan donation drive"
RMUTP: Mungkin lebih sesuai dibincangkan isu ini dengan pihak penganjur
RMUTP; Kami meraikan usaha2 murni ini dan tiada langsung statement ana mengharamkan @ menyatakan bahawa kami tidak merestui Choir.
"Sejujurnya ana memahami dan dapat meneka kenapa isu ini timbul. Mungkin kerana resolusi yang dicapai antara RMUTP dan Green Concert yang dinyatakan dalam posting sebelum ini yang tidak menyatakan sebab2 resolusi itu dicapai"
Ana mengakui mungkin kerana tiada sebarang penjelasan diberikan oleh RMUTP untuk isu ini, maka timbul kekeliruan di pihak Choir. Ini adalah penjelasan rasmi ana sebagai Presiden RMUTP dalam isu ini;
Menurut kaedah fiqh, koir adalah dibenarkan mengikut sesetengah pendapat Ulama' besar yang mursyid. Dalam isu NGC kita mengambil kaedah "sekiranya tidak dapat ambil semua, maka jgn tinggal semua", bukannya kaedah "Sesuatu yang halal bercampur dengan haram akan menjadi haram". Kaedah ini adalah terlalu panjang jika dibahaskan di sini.
"Di pihak RMUTP, kami melihat Choir tidak haram atas alasan suara perempuan ditenggelamkan oleh lelaki dengan menghilangkan possibility syahwat dan sebagainya dengan gabungan suara lelaki yang turut membuat persembahan di hadapan lelaki"
Maka RMUTP mengambil pendapat ulama' yang menerima hukum Choir adalah harus dan bukannya haram. Isu ini telah kami bincangkan secara panjang lebar bersama ulama'2 besar dalam negara sebelum kami bersetuju dengan pendekatan NGC menggunakan Choir.
RMUTP: Resolusi yang dibuat untuk koir membuat persembahan di awal majlis tidak berkaitan langsung dgn pengaruh RMUTP.
"Itu hnyalah resolusi yang dicadangkan pihak Green Concert untuk melancarkan majlis dan memastikan maslis dimulakan dalam keadaan baik dan terkawal. RMUTP hanya bertindak untuk bersetuju atas resolusi yang dicadangkan pihak Green Concert ini. Adalah timbul sedikit kerisauan sekiranya majlis tiba2 dimulakan dengan music rock dan sebagainya yang akan mempengaruhi perjalanan majlis sehingga akhirnya"
Maka perlu dalam Green Concert dimulakn dengan persembahan harmoni dan neutral. Tambahan pula, bukankah kebiasaannya persembahan koir itu diawal majlis?
RMUTP: Soalan ini juga kepada pihak penganjur. Mungkin kerana untuk memberikan keselesaan kepada pihak koir @ kelicinan perjalanan majlis. Tetapi tidak silap ana, setakat persembahan yang dijalankan di Chanselor Hall yang pernah ana hadiri dibuat di bawah kan? Atas stage Choir sendiri.... Maaf sekiranya ana silap kerana ana tidak arif dalam bidang ini.
RMUTP: Alhamdulillah. Ana gembira dengan statement ini. Salah seorang sahabat karib ana, Zaim Rosli juga menganggotai Choir UTP dan ana turut menontonnya. Ana memahami.
"Cuma insya-Allah, dengan statement enta yang amat menggembirakan itu ana rasakan tidak salah sekiranya ana membangkitkan satu isu dengan kefahaman enta. Koir UTP bagus dah, cuma kalu boleh jarakkanlah lebih sedikit antara lelaki dan perempuan dlm persembahan antum supaya lebih manis dan menambahkan seri untuk persembahan Choir antum"
:-)
Insya-Allah, ana yakin hal ini dapat diatasi dan diterima dengan jayanya oleh pihak Choir Group.
Terima kasih juga dengan statement enta bahawa pihak Choir UTP tidak sekali-kali mengikuti konsert hedonisme untuk melakukan persembahan. Bahkan pihak enta juga dengan jujurnya menyatakan bahawa antum berpegang dengan ajaran Islam yang kukuh.
"Sebenarnya sehingga ke hari ini, tiada seorang pun daripada pihak NGC yang berjaya meyakinkan ana untuk pergi ke konsert ini. Namun tahniah ana ucapkan kepada enta. Enta berjaya meyakinkan ana dengan komitmen antum dalam membawa konsert ini mengikut apa yang digariskan Islam"
Maka dengan ini ana mengumumkan bahawa;
"Ana akan hadir pada Green Concert pada malam ini" dengan mengharapkan semoga segala yang dirancang oleh semua pihak berlangsung dengan jayanya"
Tentunya ini adalah kenyataan tergempar daripada RMUTP memandangkan pendirian RMUTP sebelum ini yang tidak akan pergi ke konsert2 apatah lagi dimulakan dengan statement rasmi daripada Presiden RMUTP sendiri pada hari ini.