
Puisi Terakhir Sebagai Presiden RMUTP
4 November 2010
Di sini tempat aku mula mengenal Islam
Di sini aku mengenal nilai ukhuwwah
Di sini aku belajar erti perjuangan dan pengorbanan
Ketika diri terasa begitu kerdil dengan ujian
Ketika diri terasa longlai dengan ujian kehidupan
Ketika diri terasa asing dengan Allah dan Rasulullah
Aku mula mengenali perjuangan Rakan Masjid
Asalnya aku manusia biasa yang penuh dengan dosa
Namun,
Aku mula belajar membaiki diri melalui perjuangan Rakan Masjid
Aku pernah terasa lemah dan longlai
Dugaan terus datang bertimpa-timpa seperti tidak akan pernah berhenti
Musibah menyapa tanpa mengenal erti noktah
Dan nafsuku terus menggoda diriku untuk melupakan perjuangan Rakan Masjid
Namun,
Aku kuatkan semangat dan tekad
Kuteruskan jua sehingga aku menjumpai mutiara itu
Mutiara kemanisan berjemaah
Kini aku tidak malu menangis di hadapan sahabat-sahabatku
Aku mula berani memberi tazkirah dan pengisian agama
Aku mula terasa dekat dengan Allah dan Rasulullah
Al-Qur'an, al-Ma'tsurat yang dahulunya asing kini kukenali
Ukhwah palsu telah kurealisasi menjadi utuh
Ibadahku yang lemah telah kukuatkan kerana Allah semata
Duhai sahabat, duhai adikku
Perjalananmu masih jauh dan penuh dengan onak berliku
Namun,
Jangan sekali kau lari dari kemanisan perjuangan ini
Yang pasti hari ini kepimpinan akan bertukar
Tugas ini akan kuberikan kepada orang yang selayaknya
Biarlah jiwa yang baru dan kental menerajui Rakan Masjid
Namun,
Lontarkanlah aku dengan peluru kemautan sekalipun
Takkan pernah aku tinggalkan perjuangan bersama Rakan Masjid
Takkan ku asingkan kemanisan berukhuwwah dan bersahabat setelah aku meraihnya
Lantas,
Akan kukuatkan langkahku ini
Kerana makna tarbiyyah, ukhuwwah dan kefahaman ini amat besar buatku
Aku tidak risau sekiranya kepimpinanku terus dilupakan
Aku tidak sedih jika kepimpinanku tidak pernah dihargai
Aku tidak gerun jika aku dibenci dan terus diugut
Namun adik-adikku,
Aku hanya risau jika dirimu lemah
Dan kelemahanmu itu menyebabkan kamu meniggalkan perjuangan Rakan Masjid
Aku mencintaimu sahabatku dan adik-adikku
Teruslah istiqomah bersama perjuangan ini
Dalam mencari redha hakiki
Nukilan;
Mohamad Hafizi bin Zakria
-15 minit sebelum Ucapan Presiden 2010/2010, Wida' RMUTP Julai 2010
salam..semoga istiqamah di luar sana..
ReplyDeletesemoga Allah menetapkan hati2 kita semua di atas jalan ini.. amin~~
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeletenice syair..semoga kita semua thabat dlm perjuangan utk menegakkan Islam..Semoga Allah permudahkan gerak kerja Rakan Masjid pd tahun-tahun berikutnya..syukran kpd akhi Hafizi 4 da support n great kepimpinan..ahsanta!!