Indahnya hidup apabila semua umat mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya

Sunday, November 28, 2010

Manisnya Usrah. Begitu sukar untuk aku lepaskan kemanisan ini

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah agak lama rasanya ana tidak menulis sesuatu dalam blog ini walaupun seringkali sahabat2 meminta untuk ana menulis sesuatu dalam blog ini. Namun, lantaran sedikit kengkangan masa menyebabkan ana tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu sebagai coretan hati ana di sini. Alhamdulillah, Allah berikan sedikit kesempatan masa dan peluang untuk ana menulis sesuatu pada hari ini sebelum ana pulang berpraktikal di Kerteh pada hari esok. Insya-ALLAH.

Semalam, 27hb November 2010 merupakan hari terakhir ana bertugas sebagai seorang naqib di UTP. Dengan berakhirnya Usrah terakhir, makan-makan di Sate Bota semalam maka dengan rasminya usrah terakhir pada semester ini ana lepaskan. Namun, maaf kerana ana tidak dappat sertakan sekali gambar2 usrah terakhir di Sate Bota ini memandangkan gambar2 tersebut masih ana tidak terima dari anak usrah ana. Namun, insya-ALLAH akan ana sertakan sekali beberapa keping gambar yang diambil ketika usrah2 yang lain (",)

Sesungguhnya bagi ana, kehidupan di UTP adalah sangat manis kerana di sini ana berjaya menyambung kembali perkenalan ana bersama usrah. Ketika di sekolah, ana bersama dengan jemaah sekolah; Usrah dan liqo' memang begitu sebati dalam diri ini. Namun, sungguh anaa tidak pernah menyangka bahawa ana akan menjumpai kembali kemanisan ini di UTP, sebuah universiti kejuruteraan...  Di sini sinar Islam tetap dimartabat kukuh dan institusi usrah begitu hebat diperjuangkan. Terima kasih Ya ALLAH kerana mempertemukan aku bersama Smart Group Rakan Masjid UTP dan mengekalkan aku istiqomah dalamnya. Alhamdulillah.

Usrah di Ipoh












Usrah di atas Jambatan Pulau Pinang


Apa yang pasti usrah itu luas. Tidak sesekali usrah itu dibatasi dengan sempadan masjid semata2. Kadang2 kita silap dalam menyatakan bahawa usrah itu hnyalah kumpulan2 kecil di masjid yang akan kekal di sana sahaja. Namun hakikatnya pengetian usrah (keluarga) itu luas. Kemanisan ini perlu dirasai dan dihargai tidak kira di mana dan apakah caranya sekalipun.
"Mungkin dengan beberapa keping gambar yang ana sertakan telah menggambarkan betapa sayangnya ana pada usrah ini. Niat hati tidak sekali-kali mahu ana lepaskan semua usrah yang dipegang. Tempoh sepuluh bulan berpraktikal dan berjauhan daripada anak usrah adalah sesuatu yang amat sukar digambarkan"

Kerisauan dan sebagainya sentiasa bermain dalam fikiran ini, memikirkan perjalanan anak usrah seterusnya. Namun inilah realiti dakwah dan ukhwah. Ukhwah itu perlu kita raikan dengan apa jua cara dan cabarannya.

"Ana sendiri sepanjang berada di UTP telah menerima 11 orang naqib termasuklah lecturer. Ini tidak termasuk dengan Ketua Ulama; ustaz2 haraki dan ulama2 pondok yang kami sentiasa jumpa dan mendalami ilmu. Di sini juga telah menyaksikan ana memegang 6 usrah dengan bilangan anak usrah yang agak ramai"

Walaupun ulama'2 yang selalu ana jumpa ini tidak mengadakan usrah mingguan secara formal, namun didikan yg diberikan mereka amatlah besar. 

Sesungguhnya usrah ini amat manis.

"Sungguh Ya ALLAH aku akan merindui usrah ini. Usrah ini adalah tempatnya aku mengenal-Mu. Usrah ini juga tempatnya aku menangis bersama shbt2ku. Usrah ini tempat aku meluahkan perasaan dan kerinduan kepada-MU dan sahabat2ku. Terima kasih Ya ALLAH kerana sepanjang aku menerima didikan di UTP ini, engkau anugerahkan aku dengan usrah ini. Aku amat menghargainya Ya ALLAH"

Kepada anak usrah ana yang lain, maaf kerana ana tidak sertakan gambar2 usrah antum di sini. Walaupun gambar antum tiada di sini namun memori bersama antum akan segar dalam ingatan ini. Ana tidak pernah membezakan mana2 usrah antum kerana antum semua amat hebat. Antum mendidik ana menjadi seseorang yang memahami dan sabar dalam meneruskan ranjau perjuangan yang berliku ini. 

"Walaupun kita akan berpisah dalam masa yang agak lama, cinta ana pada ukhwah ini bersama antum akan kekal dalam ingatan. Insya-ALLAH"

Nasihatku kepada anak2 usrahku sekalian;
"Didiklah hatimu agar dekat dengan ALLAH Taala. Tambahkanlah kecintaanmu kepada ALLAH dengan sbenar2 kecintaan. Jangan sekali kau malas dalam melakukan ibadah kepada ALLAH. Siapa pun kita, kita hanya hamba. Dan jadilah hamba yang taat kepada Tuannya. Hidupkanlah hari2 mu dengan zikrullah dan mengingati mati. Perhebatkanlah mencintai usrah dan ukhwah bersama sahabat. Kerana sekiranya kau lemah, ukhwah itu akan membantumu untuk kembali kepad-Nya. Binalah paksi utama dalam jemaah; kefahaman. Binalah dan carilah kefahaman itu agar dirimu akan kekal berada di atas jalan ini"

Aku mencintaimu adik2 usrahku sekalian. Aku berharap agar dirimu jua sentiasa mendoakan aku agar aku kekal istiqomah dan bersama perjuangan islam ketika praktikal nanti. Kerana doamu amat bermakna buatku...  - Abg Hafizi
(",)

"Dalam apa tindakan,dahulukan perintah Tuhanmu"

1 comments:

  1. 11 orang naqib~ ramai tuh...
    Tak pernah kira la plak brp orang nuqaba' yg pernah diterima selama ni~
    Institusi usrah mmg memberi impak besar dalam pencarian identiti dan pembentukan diri seorang remaja~

    ReplyDelete

Hidupkan Agamamu, Patuhi Rabb mu